Fiesta ISES 2023

Objektif anjuran Fiesta ini adalah :

Fiesta ISES 2023 telah melabuhkan tirainya pada 20 Disember 2023 yang lepas. Fiesta yang di anjurkan oleh Jabatan Pendaftar UTM ini melibatkan penyertaan dari Fakulti dan Ptj di dalam dan luar UTM.

  1. Menterjemah penulisan buku “ISES Budaya UTM’ kepada pelaksanaan pembudayaan nilai teras UTM.
  2. Meningkatkan kefahaman berkaitan nilai teras UTM.
  3. Mewujudkan sinergi antara PTJ dalam melaksanakan Program Fiesta ISES.

Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Pertandingan Monumen ISES
  • Pertandingan Pop Kuiz
  • Senamrobik
  • Forum ISES
  • Ceramah
  • Kupasan Buku ISES: Budaya UTM
  • Treasure Hunt
  • Food Truck
  • Pameran ISES
  • Cabutan Bertuah (Hadiah menarik disediakan kepada pengunjung bertuah)

UTMDigital juga tidak ketinggalan dalam menyertai aktiviti yang disediakan. Team Hiasan telah dipertanggungjawabkan untuk menghiasi Booth UTMDigital di DSI.

Selain itu juga, Pertandingan Monumen telah menjadi salah satu ‘highlight’ sepanjang Fiesta ini berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendaftar kerana telah berjaya menjayakan Fiesta ISES 2023 dengan jayanya. Segala maklumat lanjut berkenaan Fiesta ISES 2023 ini boleh dilawati di https://registrar.utm.my/fiestaises2023/ .

This entry was posted in Event UTM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *