Pindah Rumah

Bila sebut pasal pindah rumah, macam-macam terbayang dalam kepala ni. Mana nak sewa lori, mana nak angkat barang. Actually bukan pindah rumah pun sebenarnya. Housemate kite pindah, so dia bawak semua barang-barang hak milik dia. Yang tinggal kat rumah tu cuma katil bilik kite je. Jadinya, disebabkan kita dah ada barang-barang masa kite duduk menyewa kat Jasin dulu [kite tumpang rumah mak kite letak barang-barang kite], kite kena la bawak barang-barang tu ke rumah kat Skudai ni.

 

Mula-mula kite cari lori sewa. Alhamdulillah dapat la lori sewa dengan harga RM350 siap dengan 2 orang tukang angkat. Tiba hari kejadian, lori dan tukang angkat tu amnik barang kat rumah mak kite [kluang].

 

Nampak barang nya macam tak banyak kan, tapi…diorang kne angkat naik tingkat 2. Kite duduk flat kat Skudai ni, kesian la diorang nak kne angkut barang kite. Dah selesai proses angkut-mengangkut ni, kite terus shoot ke Skudai. Kalau lambat nanti lori sampai kite tak de kat rumah.

hahahha…jangan tanya kite macam mana kite nak kemas.

 

Nak jadikan cerita, mungkin terlalu penat punggah barang, Allah nak bagi kite rest sekejap. Macam mana kite boleh jatuh dan terseliuh pun tak tahu. Tiba-tiba je kite dah jatuh.

 

So, kita nak share la beberapa tips untuk mereka-mereka yang nak pindah ye…

Berpindah ke rumah baru sebaiknya ikutlah cara islam, insyallah kita akan lebih rasa tenang apabila menduduki rumah baru nanti.

 

1. AZAN
– para ulama berpandangan adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah/premis baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat tempoh kosong yang dimaksudkan ialah lebih daripada 40 hari dan ada pula yang berpandangan lebih daripada 15 hari.
– dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH
– sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
– dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran”(hadis riwayat Al-Baihaqi).

4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS
– amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan berkenaan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 7 kali, ayat kursi 1 kali (tetapi ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali).

5. PAGAR RUMAH SECARA ISLAM
– perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
– bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut:
i) ambil air secawan
· baca surah Al-Fatihah
· baca ayat Kursi
· baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas)
ii) tiup ke dalam cawan tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
iii) kemudian jirus ke setiap penjuru rumah dengan air tersebut. Mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jam.

This entry was posted in My Journey.... Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *