CITRA KARISMA UTM 2022

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Majlis Citra Karisma 2022 bagi meraikan kecemerlangan staf untuk tahun 2021 selepas kali terakhir ianya diadakan secara fizikal pada tahun 2020.

Majlis Citra Karisma adalah majlis tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar bagi menghargai staf UTM dan Pusat Tanggungjawab yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang perkhidmatan bagi tahun penilaian semasa.

Selain itu, majlis ini turut meraikan individu dan kumpulan staf di dalam beberapa kategori anugerah menerusi sumbangan penyelidikan, perundingan, pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain bidang.

APC 2021
Gambar Kenangan bersama Pengarah & Timbalan Pengarah UTMD
This entry was posted in Event UTM. Bookmark the permalink.