TAKLIMAT KETUA ZON EKSA

Taklimat Ketua Zon EKSA Pej. TNCPI UTM KL telah diadakan pada 9 Januari 2020. Inisiatif ini adalah salah satu usaha berterusan pihak JK Induk EKSA TNCPI yang dipengerusikan oleh saya untuk memastikan bahawa pemahaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh ahli EKSA adalah berada di tahap yang sama, atau sekurang-kurangnya tidak wujud jurang perbezaan telalu jauh sesama ahli.

Prinsip saya, tidak mudah memulakan sesuatu yang baharu, tetapi langkah pertama walau sekecil mana pun, tetap juga merupakan perkara bersejarah kerana ia menjadi titik mula untuk mencapai matlamat.

Sesi taklimat telah disempurnakan oleh Fasilitator EKSA kami iaitu En. Hasanudin bin Othman, Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar UTM KL.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *