Reka bentuk grafik adalah salah satu cara popular yang digunakan pada masa ini untuk menyampaikan sesuatu sama ada jemputan event, pengumuman, menyampaikan kata-kata seseorang, dan pemasaran produk dan lain-lain tujuan.

Ciri-ciri Reka Bentuk Grafik yang Baik

Sebnarnya saya nak guna tajuk ciri-ciri graphic design yang hebat, tapi oleh kerana bukan bidang saya pun graphic design ni, jadi saya gunakan tajuk reka bentuk yang baik lah, at least from my own experience, of 7 years being a web developer, social media manager yang bertanggungjawab menjaga nama UTM di mata dunia digital ni.

Setelah membaca beberapa artikel, saya bersetuju dengan pendapat bahawa ciri-ciri reka bentuk visual yang baik melibatkan merangkumi:

  • Kebolehbacaan. Satu reka bentuk yang baik sebenarnya tidak perlu sampai mencabar  otak manusia untuk membacanya tetapi sebaliknya membuat mereka memahami apa yang disampaikan dengan masa sesingkat mungkin ketika melihat kepada design yang dihasilkan. Mempunyai font teks dengan saiz dan sususan rekaan yang boleh dibaca boleh  menjana lebih banyak pengunjung berminat dengan apa yang dipromosikan sama ada produk atau event atau pengumuman.
  • Penggunaan gambar. Visual reka bentuk, gambar dan lukisan yang digunakan harus sesuai untuk sasaran pembaca dan tujuan reka bentuk itu dihasilkan. Simple tapi ramai orang sukar menggambarkannya.
  • Penggunaan warna. Dalam sesebuah design sama ada design baju/fashion, mix-match baju dan aksesori, design dalaman rumah sekalipun, adalah amat tidak digalakkan menggunakan pelbagai warna dari pola yang tidak serasi. Sama juga dengan rekabentuk grafik. Warna digunakan harus bersesuaian dengan tema, contohnya alam sekitar dan kesihatan menggunakan biru dan hijau, aktiviti kanak-kanak menggunakan warna warni yang lembut manakala rekabentuk korporat perlu menggunakan warna yang bersesuaian dengan imej yang ingin ditonjolkan.

Berikut merupakan contoh rekabentuk grafik yang tidak sesuai dan sesuai digunakan:

TIDAK SESUAI

TIDAK SESUAI

SESUAI

SESUAI