Laman web responsif bermaksud rekabentuk laman web itu sendiri direka untuk bertindak balas, atau menyesuaikan diri, berdasarkan teknologi dan jenis device yang digunakan oleh user untuk melihat laman web tersebut. Reka bentuk responsif memastikan pengguna/viewer boleh membaca keseluruhan kandungan laman web termasuk gambar, menu, penulisan dalam rekabentuk sempurna sama ada menggunakan laptop, monitor komputer, telefon pintar, tablet atau apa juga brand komputer/monitor.
Menurut laporan Kajian Pengguna Internet 2018 oleh MCMC, 93.1% pengguna di Malaysia menggunakan telefon pintar untuk mengakses internet termasuk laman web. 44.2% menggunakan laptop/netbook manakala terdapat juga pengguna yang mengakses internet menggunakan tablet, smart TV dan lain-lain. Oleh yang demikian, adalah penting bagi laman web untuk dicipta dengan rekabentuk yang responsif agar setiap menu dan info dalam laman web dapat dibaca oleh keseluruhan pengguna.
Sekiranya anda buka satu laman web di smartphone anda dan terpaksa skrol ke kiri dan ke kanan, atau tidak dapat melihat gambar penuh dan membaca info penuh seperti di desktop/komputer, ini bermaksud laman web tersebut tidak responsif.
Apa kelebihan laman web yang reponsif?
Antara perkara yang penting dalam penjenamaan digital dan strategi pemasaran online bagi sesebuah organisasi ialah mempunyai laman web yang lengkap dengan info yang dicari oleh pelanggan dan stakeholders. Reka bentuk web responsif merupakan alat penting, menawarkan banyak manfaat berharga penjenamaan digital dan strategi pemasaran online.
Statistik menunjukkan bahawa fokus pengguna di internet menjadi semakin pendek, dengan lebih banyak gangguan daripada perlu membaca dan mencari kandungan di laman web dalam masa yang lama. Dengan reka bentuk web responsif, laman web anda akan dioptimumkan. Pengoptimuman dan masa loading laman web yang lebih cepat bermakna pengguna laman web anda dapat dengan mudah menavigasi laman web anda, menjumpai info yang diperlukan dan bukannya kecewa, letih mengklik dan akhirnya terus keluar dari laman web.
Dengan navigasi yang lebih mudah dan memuat masa yang lebih pendek, pengunjung laman web lebih cenderung untuk kekal di laman web anda dan mencari maklumat dengan mudah. Setelah pelawat anda dapat mencari perkhidmatan anda, mereka lebih cenderung untuk membuat keputusan untuk menghubungi anda dan mendapatkan khidmat perniagaan atau organisasi anda. Selain itu, reka bentuk web yang responsif memastikan laman web anda tetap konsisten dan dapat dikenali untuk pelanggan kembali yang menggunakan peranti yang berbeza untuk mencari maklumat lebih lanjut tentang perniagaan anda.
Jika anda pernah mendengar istilah SEO ranking, istilah ini bermaksud kedudukan sesebuah laman web dalam carian Google dan search engine lain. Aspek penting SEO untuk kita ingat ialah, Google lebih prefer untuk meletakkan kedudukan tinggi dalam carian mereka kepada laman web yang mempunyai versi mudah alih dan desktop. Lebih baik lagi, jika laman web anda dapat mengkonfigurasi ke semua tablet, telefon besar, dan segala-galanya di antara, laman web anda akan disenaraikan lebih tinggi dalam hasil carian. SEO yang lebih baik bermakna trafik yang lebih baik ke laman web anda!
Haa..ada lagi sebenarnya sebab-sebab kenapa laman web yang reponsif ini penting. Anda boleh Google juga kajian-kajian yang dilakukan oleh pelbagai penyelidik tentang laman web responsif ini. Ingat ya, pastikan laman web anda responsif lebih-lebih lagi untuk viewer di telefon pintar! Baru la pengunjung puas hati bila datang ke laman web anda!