Prof Wahid, Dr Nur Naha dan  ... b
Prof. Wahid, Dr Nur Naha dan Prof. Madya Dr Mohd Hafiz Dzafran yang mewakil Prof. Ahmad Fauzi bersama Dato’ Seri Idris Jusoh.

JOHOR BAHRU, 5 November 2016 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima penghormatan tertinggi apabila dipilih sebagai pemenang anugerah Best Academia-Industry Collaboration Award 2016.

Anugerah berkenaan diberi menerusi kerjasama UTM-Petronas Research Sdn Bhd yang membabitkan penyelidikan dalam bidang teknologi membran antara Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (AMTEC) dan Petronas Research Sdn Bhd.

Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh menyampaikan anugerah berkenaan kepada Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar di GradMalaysia Graduate Recruitment Awards 2016 yang diadakan di ibu negara, malam tadi.

4Pengarah  Pusat Jaringan Komuniti Industri (CCIN), UTM Prof. Madya Dr Nur Naha Abu Mansor berkata, anugerah berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan kepada kerjasama universiti-industri yang berjaya membangunkan bakat tempatan.

“CCIN yang menyelaras penyertaan telah menghantar beberapa pencalonan pada tahun ini bagi kategori Best Academia-Industry Collaboration, GradMalaysia Graduate Recruitment 2016.

2“Kejayaan  AMTEC dan Petronas Research Sdn Bhd memenangi anugerah ini merupakan pencapaian yang membanggakan dan bertepatan dengan peranannya sebagai Pusat Kecemerlangan Tinggi Penyelidikan (HICoE) teknologi membran,” katanya.

AMTEC UTM yang diketuai oleh pengarahnya Profesor Dr Ahmad Fauzi Ismail menjalinkan kerjasama dengan Petronas Research Sdn Bhd. berkaitan penggunaan teknologi membran dalam pembangunan sistem pemisahan karbon dioksida.

Kerjasama tersebut telah menjana pembangunan modal insan kepada negara dengan penglibatan empat orang pensyarah universiti tempatan, penghasilan empat orang pelajar Doktor Falsafah (PhD), dua pelajar Sarjana dan empat orang staf teknikal yang mempunyai kemahiran pembuatan membran.

Di samping itu, projek tersebut telah berjaya menghasilkan tiga Paten Malaysia selain menyumbang dalam jurnal penerbitan antarabangsa yang berimpak tinggi.

Pembangunan produk membran dan sistem pemisahan tersebut diyakini dapat mempertingkatkan hasil kepada negara dan penjimatan tenaga dalam pemprosesan minyak dan gas.

Antara kelebihan pemilihan penggunaan proses teknologi membran kerana ia lebih cekap, menjimatkan tenaga dan mudah untuk pengoperasian.

Karbon dioksida adalah  merupakan gas  berasid yang perlu dikeluarkan daripada aliran gas asli kerana ia akan menyebabkan hakisan dan pemusnahan paip.

Kewujudan karbon dioksida di dalam gas asli juga akan mengurangkan nilai kualiti dan pemanasan.

Oleh itu, penyingkiran gas asid dari aliran adalah penting untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik daripada gas asli.

Hasil daripada inovasi ini adalah ia telah meningkatkan kecekapan pemisahan gas dan ketahanan membran, membuat pemisahan gas menggunakan teknologi membran berdaya saing secara komersial dengan teknologi pemisahan yang sedia ada.

Kerjasama ini akan diteruskan untuk menggembleng kepakaran dalam penjanaan idea inovatif dan teknologi produk buat komuniti serta pembangunan sumber manusia yang merupakan antara aset penting buat negara.

 

 

 

from UTM NewsHub http://ift.tt/2eniZQ7
via IFTTT