TVETIC KE-4 2021

https://humanities.utm.my/tvetic2021/wp-content/uploads/sites/89/2021/11/header-with-co-host.png
TVETIC Ke-4 2021 (sumber: https://humanities.utm.my/tvetic2021/)

Pada 24 dan 25 November yang lalu, sekumpulan pensyarah dan staf sokongan telah menjayakan sebuah persidangan dalam talian bagi Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Persidangan Kebangsaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVETIC) kali keempat ini julung kalinya dijalankan secara dalam talian memandangkan keadaan negara dan dunia masih dibelenggu dengan pandemik Covid-19. Perancangan awal TVETIC ke-4 ini telah dijadualkan pada hujung tahun 2020, namun telah ditunda pada tahun 2021 bagi memastikan perancangan yang lebih komprehensif dan mengikut garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta Universiti Teknologi Malaysia. Hasil dari persidangan yang telah berlangsung selama 2 hari ini ialah sebuah proceeding persidangan yang menghimpunkan abstrak lanjutan dan poster dari para pembentang dan pseserta yang menyertai persidangan ini. Berikut adalah pautan ke proceeding persidangan ini: https://online.fliphtml5.com/jmvnb/xfna/#p=1

Poster TVETIC Ke-4 2021

About m.izzuan

Dr. Mohamad Izzuan Mohd Ishar (Dr. Ezi) merupakan seorang pensyarah kanan dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor. Mempunyai kelulusan dalam Sains Pembinaan (B.Sc) dan Pendidikan Teknik dan Vokasional (M.Ed, Ph.D). Antara kajian dan penyelidikan yang pernah dilakukan adalah tentang laluan kerjaya graduan Sarjana Muda Sains Pembinaan UTM, sifat kepimpinan guru pelatih (pelajar yang telah menjalani latihan mengajar) daripada kursus-kursus di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Sekolah Pendidikan dan menghasilkan Kerangka Keusahawanan Kulinari. Melalui kajian dan penyelidikan ini, beberapa artikel telah berjaya diterbitkan di dalam Bahasa Melayu. Beberapa artikel dan kajian juga bakal diusahakan dalam masa terdekat dalam memenuhi hasrat Wawasan 2020 (azam peribadi). Berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dinyatakan, Dr. Ezi cenderung dalam menghasilkan sesuatu yang dapat membantu dan menjadi panduan individu dalam memperbaiki kerjaya mereka terutama kerjaya berkaitan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Di usia bawah 30-an, Dr. Ezi berusaha untuk terus mencari ruang dan peluang dalam menambahbaik dan memperbaiki kualiti diri sebagai seorang penasihat, pembimbing, penyelia, pengajar dan pendidik. Dengan moto hidup, JUST GO WITH THE FLOW, Dr. Ezi merupakan seorang yang tidak mudah putus asa dan sentiasa berwaspada serta positif dalam menempuhi kehidupan yang tidak tahu bila pengakhirannya. Usaha, reda, tawakal, restu ibu bapa, dan sebagainya menjadi kunci kehidupan seorang pensyarah di usia muda. Jauhi pengaruh-pengaruh negatif yang bakal memberi tekanan pada diri.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.