PROGRAM VOLUNTARY INDUSTRIAL TRAINING KINI KEMBALI BAGI TAHUN 2023.

Poster Program Voluntary Industrial Training 2023

Voluntary Industrial Training (VIT) merupakan salah satu usaha pihak Pusat Akademik & Pengalaman Pembelajaran (CAEL) Universiti Teknologi Malaysia untuk mendedahkan dan menyediakan pelajar dengan suasana sebenar alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi di peringkat awal pengajian. Program ini menumpukan kepada pelajar Tahun 2 yang ingin melakukan Latihan Industri secara sukarela sepanjang cuti semester. Dengan pengetahuan teori dan kemahiran asas yang telah dipelajari pada Tahun 1 dan Tahun 2, pihak CAEL optimis bahawa program VIT ini dapat meningkatkan kemahiran dan praktikal pelajar berdasarkan pengetahuan yang dipelajari semasa perkuliahan.

Jawatankuasa Latihan Praktik Sekolah Pendidikan, FSSH UTM juga yakin bahawa dengan pengalaman yang ditimba di industri sepanjang 4 minggu VIT dijalankan ini dapat menambahbaik kemahiran dan pengetahuan pelajar bagi pengajian akan datang dan lebih bersedia untuk menghadapi Latihan Industri wajib yang dilaksanakan pada tahun ketiga pengajian.

Berdasarkan penerangan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum mereka yang berjaya memohon boleh menjalani VIT, iaitu:

  • Mengisi maklumat syarikat/ industri menggunakan Borang Pendaftaran Syarikat yang disediakan
  • Memastikan syarikat bersetuju untuk pelajar Tahun 2 menjalani VIT di syarikat/ industri mereka dengan mengisi Borang Penempatan Pelajar di Syarikat
  • Kedua- dua borang ini boleh diperolehi di https://drive.google.com/drive/folders/12bjM80iSff3XbV8nj1KvMnA42cqAS5ZK?usp=sharing
  • Mengisi Google Form bagi proses Pendaftaran “Voluntary Industrial Training” Sekolah Pendidikan, FSSH UTM di pautan https://forms.gle/J7Q5C1fRHKPK3b2k8 dan memuatnaik kedua-dua borang di atas menerusi pautan Google Form ini.

Bagi pelaksanaan VIT kali pertama, pihak CAEL telah menyediakan elaun sebanyak RM500 secara one-off dan pelajar yang berjaya melengkapkan VIT akan diberikan sijil penglibatan. Namun, penambahbaikkan akan sentiasa dilakukan dari tahun ke tahun bagi memberikan kemudahan dan bantuan kepada pelajar yang terlibat secara sukarela di dalam program VIT ini. Selain kelebihan ini, pelajar juga boleh memperkayakan resume dengan pengalaman yang telah ditimba dari VIT bagi permohonan Latihan Industri sebenar nanti.

Penyelaras Latihan Industri Sekolah Pendidikan,

Dr. Mohamad Izzuan Mohd Ishar

About m.izzuan

Dr. Mohamad Izzuan Mohd Ishar (Dr. Ezi) merupakan seorang pensyarah kanan dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor. Mempunyai kelulusan dalam Sains Pembinaan (B.Sc) dan Pendidikan Teknik dan Vokasional (M.Ed, Ph.D). Antara kajian dan penyelidikan yang pernah dilakukan adalah tentang laluan kerjaya graduan Sarjana Muda Sains Pembinaan UTM, sifat kepimpinan guru pelatih (pelajar yang telah menjalani latihan mengajar) daripada kursus-kursus di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Sekolah Pendidikan dan menghasilkan Kerangka Keusahawanan Kulinari. Melalui kajian dan penyelidikan ini, beberapa artikel telah berjaya diterbitkan di dalam Bahasa Melayu. Beberapa artikel dan kajian juga bakal diusahakan dalam masa terdekat dalam memenuhi hasrat Wawasan 2020 (azam peribadi). Berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dinyatakan, Dr. Ezi cenderung dalam menghasilkan sesuatu yang dapat membantu dan menjadi panduan individu dalam memperbaiki kerjaya mereka terutama kerjaya berkaitan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Di usia bawah 30-an, Dr. Ezi berusaha untuk terus mencari ruang dan peluang dalam menambahbaik dan memperbaiki kualiti diri sebagai seorang penasihat, pembimbing, penyelia, pengajar dan pendidik. Dengan moto hidup, JUST GO WITH THE FLOW, Dr. Ezi merupakan seorang yang tidak mudah putus asa dan sentiasa berwaspada serta positif dalam menempuhi kehidupan yang tidak tahu bila pengakhirannya. Usaha, reda, tawakal, restu ibu bapa, dan sebagainya menjadi kunci kehidupan seorang pensyarah di usia muda. Jauhi pengaruh-pengaruh negatif yang bakal memberi tekanan pada diri.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.