Kefahaman berkenaan kapal yang bergerak di atas laut, dan kebolehan membuat jangkaan sifat dan kelakuan kapal tersebut di dalam peringkat reka bentuk (design), bermula dengan kajian semulajadi ombak laut yang merangkumi persekitaran bagi kapal yang berlayar. Jadi, di UTM, kursus di dalam program NAOE kita seperti SEMO 1922 ( Pengenalan kepada Arkitek Laut dan Jurutera Luar Pesisir) akan mendedahkan pelajar-pelajar tahun 1 kita untuk pertama sekali faham benar tentang apa itu kapal, apa itu sungai dan laut, dan selepas itu meneruskan faham tentang bagaimana kapal boleh terapung dan bergerak di atas permukaan air. Dari situ, pelajar akan secara sistematik mempelajari tentang asas penting dalam reka bentuk kapal (design spiral) dalam memastikan kapal yang direka memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak yang berautoriti sama ada di peringkat global (antarabangsa) dan lokal (tempatan). Pengetahuan tentang syarat-syarat ini adalah sangat penting kerana ia menentukan pendaftaran kapal yang direka. Untuk perkara ini, pada tahun 2 pelajar, kursus SEMO 2713 ( Pengeluaran Kapal) akan dilalui oleh pelajar-pelajar kita. Di dalam kursus SEMO 2713 ini, pelajar akan dipasakkan ilmu berkenaan kejuruteraan di limbungan (shipyard), pengurusan projek dan kewangan di limbungan, rekabentuk yang berkait dengan limbungan dan akhirnya syarat-syarat dari Badan Pengkelasan Kapal ( Ship Classification Society) seperti BV, Lloyd, GM, SCM dan sebagainya. Kesemua badan pengkelasan ini adalah di bawah naungan IMO ( International Maritime Organization). Di dalam kursus SEMO 2713 akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang IMO.
Seterusnya, pada tahun 3, untuk mendalami berkenaan reka bentuk kapal, kursus SEMO 3512 di susun di dalam program bachelor ini. Di dalam SEMO 3512, asas dan pendetailan rekabentuk kapal diajarkan kepada pelajar SEMO. Di dalam 14 minggu pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan akhirnya faham bahawa kapal perlu melalui peringkat-peringkat reka dan bentuk utama seperti:
1) Concept design – feasibility study
2) Preliminary design
3) Contract design
4) Detailed design
Peringkat (1) dan (2) juga dikenali sebagai basic design. Juga bila digabung dua ini, dinamakan sebagai preliminary design. Kesemua peringkat ini akan di ajar kepada pelajar besama-sama dengan persamaan fizikal yang berkaitan dengan 4 peringkat tersebut.
Seterusnya, kursus SEMO 4233 pada tahun 4 pelajar akan mempelajar secara detail bagaimana kapal berinteraksi dengan air khususnya sistem laut. Kapal adalah satu objek keras yang dianggap sebagai lump mass dalam mass-spring-damping system. Asas berkenaan mass-spring-damping ini sepatutnya telah dipelajar secara terperinci di dalam kursus SEMM 2223 Getaran (Vibration) pada tahun 2. Selain dari sistem getaran, pelajar perlu juga mahir berkenaan Hidrodinamika Marin ( Marine Hydrodynamic) di dalam kursus SEMO 2323 juga pada tahun 2. Pemetaan apa yang telah disampaikan di atas adalah seperti di lakaran rajah di bawah:
Jadi, sehingga di sini, mungkin ada yang bertanya, di mana gunanya programming (pengaturcaraan) di dalam nak mempraktikan (apply) ilmu tersebut di alam DMV? Di dalam menjadi Arkitek Laut ( Naval Architect) apabila bekerja?
Untuk menjawab persoalan tersebut perlulah buka lembaran baru iaitu perkara industri. Perlu kita ingat, di alam pekerjaan kelak, setiap jurutera ( yang berdaftar dengan BEM) perlu membuat pengiraan dengan menggunakan ilmu matematik asas dan moden untuk mengira sama ada sesebuah kapal itu boleh terapung, stabil, dan beroperasi selaras dan memenuhi kehendak shipowner (pemilik kapal). Ia juga perlu digabung dengan ilmu fizik. Dan itulah SEMM 2223, SEMO 2323 dan SEMO 4233. Untuk membuat pengiraan menggunakan pengiraan canggih dan kompleks, tidak dapat tidak perlu dengan ilmu Numerical Method for Engineers (Kaedah berangka untuk jurutera). Ini pelajar-pelajar SEMO perlu lalui di dalam SEMM 3023 pada tahun 3. Jadi untuk membuat computation menggunakan komputer, satu – satunya jalan adalah dengan mempelajari cara menulis codes di dalam bahasa yang komputer faham. Itulah dinamakan programming, iaitu cara membuat program menggunakan codes dan akhirnya terbentuklah program yang boleh difahami oleh komputer untuk melaksanakan pengiraan apa yang kita (jurutera) kehendaki. Di dalam hal ini, apa yang biasanya arkitek laut perlu kira adalah bagaimana kapal boleh beroperasi di dalam laut semasa pelayaran dengan selamat dan profitable. Di sinilah peranan dan perkaitan programming dan arkitek laut.
The understanding of ship motions at sea, and the ability to predict the behavior of any ship or marine structure in the design stage, begins with the study of the nature of the ocean waves that constitute the environment of the seagoing vessel.
Edward V. Lewis