Malaysia berdepan kekurangan pelajar aliran sains

Diambil dari http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/malaysia-berdepan-kekurangan-pelajar-aliran-sains-1.581879#nav

Sinar Harian 4 November 2016

KUALA LUMPUR – Malaysia berdepan masalah kekurangan pelajar aliran sains yang serius yang mampu menjejaskan usaha mencapai status negara maju.

Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata, ketika ini terhadap hanya 90,000 pelajar aliran sains yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jauh kurang berbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun.

Kekurangan itu boleh mengakibatkan jumlah ahli sains yang tidak mencukupi di negara ini.

“Bagi menggerakkan negara ini ke depan, kita memerlukan lebih ramai ahli sains dan jurutera yang lahir daripada mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik),” katanya pada sidang media selepas perasmian Pameran Sains dan Kejuruteraan Kuala Lumpur (KLESF), di sini hari ini.

Ahmad Tajuddin, yang juga Pengerusi Unit Khas Teknologi Tinggi (MIGHT) berkata penurunan jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran STEM bukan hanya berlaku di Malaysia.

Mengulas isu sama, Abu Bakar berkata punca kepada jumlah yang rendah itu adalah kurangnya minat pelajar mengambil mata pelajaran STEM, terutama dari luar bandar.

Katanya, kementerian-kementerian berkaitan bekerjasama erat untuk mengambil langkah mengatasi masalah itu.

Menurut Abu Bakar antara langkah itu ialah Program Kimia ke Desa pada 2013 kendalian kementeriannya, yang disesuaikan untuk meningkatkan kesedaran dan keseronokan mata pelajaran STEM dalam kalangan pelajar luar bandar. – Bernama