Pensyarah:
19 Ogos 2022
08:30 – 12:30
Pertemuan kelas yang pertama, peserta Kursus Bridging mempelajari berkaitan revolusi industri komputer dan revolusi internet. Peserta juga diminta untuk membuat pembentangan tentang Sejarah Komputer, Masa Depan Penggunaan Komputer, Penggunaan Komputer dan Teknologi Maklumat dalam Kerjaya Penolong Pegawai Sains.
Semua peserta dibahagi kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi 3 ke 4 orang peserta.
26 Ogos 2022
14:30 – 18:30
Pada pertemuan kelas yang kedua pula, peserta didedahkan dengan ilmu pengetahuan berkaitan pengkomputeran awan. Semasa didalam kelas, pensyarah dan peserta bersama-sama melakukan aktiviti menjelajah dan meneroka aplikasi Google Drive yang mana merupakan salah satu contoh aplikasi pengkomputeran awan.
Kemudian, peserta diberi tugasan untuk membuat video pembentangan tentang Google Drive menggunakan medium Zoom Meeting.
Video pembentangan tentang pengkomputeran awan:
Seterusnya, pada 10 September 2022, peserta diberi peluang untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan pembinaan laman web menggunakan WordPress di people.utm. Pensyarah telah menjemput penceramah yang amat berpengalaman dalam bidang pembinaan laman web iaitu Encik Azizul Bin Azman.
Learning Outcome
Teknologi maklumat adalah salah satu subjek yang menarik kerana ianya ilmu yang mengikut peredaran zaman dan teknologi terkini. Hasil daripada pembelajaran subjek ini, saya dapat mengetahui pelbagai ilmu tentang pengkomputeran, asas pembinaan laman web dan menambah ilmu pengetahuan tentang pengkomputeran awan. Selain itu, segala ilmu teknologi maklumat yang telah dipelajari melalui subjek ini dapat diadaptasikan kedalam bidang dan kerjaya saya untuk masa kini dan akan datang. Melalui kelas ini juga, saya dapat berkomunikasi dan berkerjasama dengan rakan-rakan yang lain melalui aktiviti berkumpulan dan berkongsi ilmu pengetahuan.
Video rumusan:
Teknologi Maklumat by Mas – YouTube
16 Oktober 2022
08:30 – 12:30
Pembentangan laman web.
Terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang mengajar subjek ini, semoga ilmu yang diberi memberi manfaat hendaknya. 🙂
Rujukan dan Sumber;
- Nota kuliah
- Gambar dari Google