Hydrogen 101 Course by Centre of Hydrogen Energy, UTM

Thank you TNB Integrated Learning Solution – ILSAS and TNB Power Generation (TNB Genco) for the trust and opportunity given to us at Centre of Hydrogen Energy, Institute of Future Energy UTM ๐Ÿ˜Š

#hydrogen #hydrogen101 #hydrogenenergy #hydrogentechnology #trainer #hydrogeneconomy#energy #fufutureenergy #powergeneration #tnbgenco

๐‘ช๐’๐’“๐’†๐’•๐’‚๐’ 15 ๐’•๐’‚๐’‰๐’–๐’ ๐’”๐’†๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’Š ๐‘ท๐’†๐’ˆ๐’‚๐’˜๐’‚๐’Š ๐‘ท๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’Š๐’…๐’Š๐’Œ ๐’…๐’Š ๐‘ผ๐‘ป๐‘ด (๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ 2)

#energy #PhD #Masters #chemicalengineering #hydrogen #instituteoffutureenergy #UTM #CHE #IFE

Selain itu, individu penting yang paling banyak membantu saya sepanjang perjalanan Masters & PhD adalah Dr Tuan Amran selain Prof Dr Nor Aishah Saidina Amin (pengajian Masters) serta Dr Nordin Sabli (main SV UPM), Dr Shamsul Izhar (Co SV UPM) dan Prof Dr Luqman CHUAH ABDULLAH (Co SV UPM) (pengajian PhD).

Saya juga amat berterima kasih kepada Ir Dr ramli Mat (pensyarah yang mengajar termodinamik sewaktu “degree”), mantan Pengarah CHE PM Adnan Ripin serta Pengarah CHE sekarang Prof Dr Aishah Abdul Jalil kerana turut terlibat serta amat membantu dalam perjalanan Masters dan PhD saya.

Tidak dilupakan Prof Rosli Illias, Prof Ruzairi Abdul Rahim, Prof Azraโ€™ai, Almarhum Prof Marzuki, Prof Md Nor Musa, Madam Punithavalli Marimuthu, Puan Norazizah Ismail, En Kamsaini, Almarhum En Afendi, Haji Farid serta pengurusan RMC/JTNCPI yang sentiasa menyokong kemajuan kerjaya Pegawai Penyelidik UTM agar terus cemerlang serta mampu melanjutkan & menamatkan pengajian PhD.

Saya amat bersyukur direzekikan untuk bertemu insan-insan hebat sepanjang perkhidmatan di UTM.

InsyaAllah, jika diberikan rezeki umur yang panjang masih berbaki tempoh perkhidmatan lebih 2 dekad.

Terima kasih pengurusan UTM atas amanah dan kepercayaan yang diberikan.

Terima kasih rakan-rakan RO Kelab Pegawai Penyelidik UTM – KPP UTM yang sentiasa bersama susah dan senang.

InsyaAllah kita boleh menyumbang sesuatu untuk UTM.

๐”๐“๐Œ ๐ฌ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐š๐ฌ๐š ๐๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข.

๐”๐“๐Œ. ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐“๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š.

Edit:
Credit & Highlights untuk empat (4) Profesor hebat yang pernah/masih lagi menjadi Pengarah/Dekan/Ketua Jabatan serta semua penyelidik dan staf yang pernah bekerja dengan saya.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Prof. Dr. Hamdani Saidi yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Feb 2021 yang lalu.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua sahabat serta rakan-rakan yang berkawan dan membantu tanpa syarat

Saya masih lagi orang yang sama seperti dulu, cuma lebih matang ๐Ÿ˜Ž & lebih berat ๐Ÿ˜‚

๐‘ช๐’๐’“๐’†๐’•๐’‚๐’ 15 ๐’•๐’‚๐’‰๐’–๐’ ๐’”๐’†๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’Š ๐‘ท๐’†๐’ˆ๐’‚๐’˜๐’‚๐’Š ๐‘ท๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’Š๐’…๐’Š๐’Œ ๐’…๐’Š ๐‘ผ๐‘ป๐‘ด (๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ 1)

#RMC #EnergyRA #CREG #IFE #UTM

Mula lapor diri pada 26 Jul 2007 sebagai Pegawai Penyelidik Q41 dengan berbekalkan pengalaman industri sebagai โ€œProcess Engineerโ€ selama 2 tahun di โ€œRenewable Energy Division MNCโ€ terkemuka.

Bermulalah perkhidmatan di UTM yang diketuai oleh beberapa orang dekan/pengarah.

๐‰๐ฎ๐ฅ – ๐ƒ๐ž๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ• ๐๐ข ๐Š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐‚๐ก๐ž๐ฆ๐ข๐œ๐š๐ฅ & ๐๐ข๐จ๐ญ๐ž๐œ๐ก๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒ ๐„๐ง๐ ๐ข๐ง๐ž๐ž๐ซ๐ข๐ง๐  di bawah kepimpinan Ketua Kluster Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin. Tugas utama adalah menerima, menyaring serta menguruskan penilaian proposal bagi permohonan dana penyelidikan.

๐‰๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ– – ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ— ๐๐ข ๐‚๐ก๐ž๐ฆ๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐‘๐ž๐š๐œ๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐„๐ง๐ ๐ข๐ง๐ž๐ž๐ซ๐ข๐ง๐  ๐†๐ซ๐จ๐ฎ๐ฉ (๐‚๐‘๐„๐†) dibawah kepimpinan Prof. Dr. Nor Aishah selaku Ketua RG. Mula kenal dengan penyelidikan, pengurusan penyelidikan, penulisan, IP filing dan penyertaan pameran penyelidikan di sini.

Sangat banyak pengalaman berharga di sini walaupun hanya setahun lebih berkhidmat. Kenal Dr Mailin Misson, Dr Roslindawati Haron, Dr Mahadhir Mohamed, Dr Zaki Yamani Zakaria, Dr Wan Nor Nadyaini Wan Omar, bakal Dr Nazlina Ya’ainiNurul Huda Zamzuri, Dr Nur Aainaa Syahirah Ramli serta ramai lagi rakan dibawah CREG.

๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ— – ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ ๐๐ข ๐„๐ง๐ž๐ซ๐ ๐ฒ ๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐š๐ซ๐œ๐ก ๐€๐ฅ๐ฅ๐ข๐š๐ง๐œ๐ž diterajui Almarhum Prof. Dr. Hamdani Saidi yang sentiasa tenang, โ€œvery knowledgeableโ€ dan berkarisma.

Almarhum merupakan pengasas dan โ€œpioneerโ€ kajian membran dalam โ€œfuel cell technologyโ€ di UTM dan Malaysia.

๐€๐ฉ๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ – ๐€๐ฉ๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ฅ๐š๐ ๐ข ๐๐ข๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐„๐ง๐ž๐ซ๐ ๐ฒ ๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐š๐ซ๐œ๐ก ๐€๐ฅ๐ฅ๐ข๐š๐ง๐œ๐ž tetapi diketuai Dekan Penyelidikan bdaripada bidang elektrik.

Prof. Dr. Zainal Salam mempunyai โ€œmanagement styleโ€ yang cepat dan pantas, berdiplomasi tetapi โ€œdirect to the pointโ€. Rezeki dinaikkan pangkat pada tahun 2013 semasa sedang melanjutkan pengajian peringkat Masters secara โ€œpart-timeโ€.

๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ – ๐ค๐ข๐ง๐ข (๐œ๐ฎ๐ญ๐ข ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐ก๐ƒ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” – ๐…๐ž๐› ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ) ๐๐ข ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ž ๐จ๐Ÿ ๐…๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž ๐„๐ง๐ž๐ซ๐ ๐ฒ, UTM dipimpin oleh Pengarah Kanan Prof. Dr. Arshad Ahmad.

Seorang ketua yang amat dihormati, gaya bersahaja tetapi setiap keputusan yang dibuat bersandarkan kepada pertimbangan yang amat rasional dan berdiplomasi tanpa mengenepikan โ€˜human factorโ€™.

Beliau menyokong kuat permohonan cuti belajar PhD saya dan dengan yakin di hadapan TNCA UTM Prof Prof Ts Dr Rose Alinda Alias ketika itu berkata โ€œsaya yakin dia bolehโ€ walaupun diri sendiri tidak pasti pengakhiran perjalanan PhD.

Diberikan kepercayaan sekali lagi oleh pihak pengurusan dengan pemberian kenaikan pangkat.

Alhamdulillah, saya diberikan kesempatan dan rezeki untuk sama-sama bekerja dengan insan-insan hebat bergelar Professor dalam bidang masing-masing tetapi sangat โ€œhumbleโ€ dan mengikut resmi padi.

Bersambung…

Biografi Ts. Dr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin, Pegawai Penyelidik Kanan, Institute of Future Energy, Universiti Teknologi Malaysia

Biografiย 

Ts. Dr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin

Pegawai Penyelidik Kanan, Institute of Future Energy, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor.

https://people.utm.my/mfadhzir/

Ts. Dr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin berasal dari Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor dan dilahirkan pada 4 Disember 1983 di Hospital Batu Pahat, Batu Pahat, Johor.

Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kota Dalam, Ayer Hitam sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri, Ayer Hitam daripada Tingkatan 1 hingga 3.

Keputusan cemerlang semasa Peperiksaan Menengah Rendah (8A) membolehkan beliau diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara Jasin, Melaka semasa di Tingkatan 4 hingga 5.

Selepas seminggu sahaja selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000, Dr. Mohd Fadhzir diterima masuk untuk mengikuti program UTM-MARA Ekspres selama 6 bulan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru menggunakan keputusan yang diperolehi semasa ujian percubaan SPM.

Selepas tamat program tersebut, beliau terus ditawarkan kemasukan terus ke pengajian tahun 2 bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (2001-2005).

Dr. Mohd Fadhzir memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian (2nd Class upper) daripada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2005.

Selepas itu, beliau bertugas sebagai jurutera proses di syarikat multinasional tempatan yang menghasilkan minyak bio daripada tandan kosong buah kelapa sawit dengan penglibatan kerjasama pakar bidang dari Belanda, Jepun, Jerman dan juga Korea. Proses yang terlibat dalam penghasilan minyak bio ini ialah proses pyrolysis yang beroperasi tanpa kehadiran gas oksigen atau pun udara persekitaran.

Pengalaman bekerja selama 2 tahun di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta minat yang mendalam mendorong beliau untuk memohon dan diterima kerja sebagai pegawai penyelidik (gred Q41) di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2007.

Pada tahun 2011, beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan cemerlang (APC) oleh pihak pengurusan UTM. Pada tahun 2013, beliau dinaikkan pangkat kepada pegawai penyelidik (gred Q44) dan pada tahun 2014 pula, memperolehi Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau juga sekali lagi berjaya dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2014.

Hasil penglibatan beliau dalam penyelidikan dan pembangunan serta pelbagai jawatankuasa diperingkat universiti, beliau diberikan kepercayaan oleh universiti untuk menjawat jawatan dan dinaikkan pangkat kepada pegawai penyelidik kanan (gred Q48) pada tahun 2018 di Institute of Future Energy, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Pada tahun yang sama juga, beliau telah diiktiraf sebagai Teknologis Profesional (Ts.) oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Dr. Mohd Fadhzir telah mempeorlehi Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Kimia) daripada Universiti Putra Malaysia setelah diluluskan oleh Majlis Senat Universiti pada 8 September 2022 dalam bidang penghasilan gas hidrogen daripada elektrolisis suhu tinggi kuprum klorida dalam asid hidroklorik menggunakan membrane pertukaran proton hibrid / High-Temperature Electrolysis of Copper Chloride using Hybrid Proton Exchange Membrane for Hydrogen Production.

Sehingga kini, Dr. Mohd Fadhzir telah terlibat dengan lebih daripada 13 projek penyelidikan dan perundingan serta berjaya menerbitkan lebih 20 artikel (5 ISI Q1/Q2, 4 Scopus, 2 bab dalam buku, 6 kertas kerja persidangan, 2 permohonan paten dan lain-lain) di peringkat antarabangsa dan kebangsaan termasuklah juga penerbitan artikel di portal pendidikan online serta akhbar utama.

Selain itu, beliau juga telah menyemak lebih daripada 18 artikel jurnal berimpak tinggi melalui penglibatan sebagai reviewer bagi Journal of Cleaner Production (JCLPRO), International Journal of Hydrogen Energy (IJHE), International Journal of Energy Research (IJER) dan lain-lain lagi.

Dr. Mohd Fadhzir boleh dihubungi melalui LinkedIn https://www.linkedin.com/in/fadhzir/ dan hasil penyelidikan serta kajian beliau boleh dicapai melalui link berikut;

Scopus https://www.scopus.com/authid/detail.uri?authorId=26221132900

Web of Science https://www.webofscience.com/wos/author/record/A-1411-2010

ResearchGateย https://www.researchgate.net/profile/Mohd-Fadhzir-Ahmad-Kamaroddin dan,

Google Scholar https://scholar.google.com/citations?user=tSB9eZAAAAAJ&hl=en