Southeast Asia Economic Forecast in 2036

What does this figure tells us?

Yes, you are right.

Our neighbouring countries economic growth is much faster and probably more resilience compared to ours.

To put into perspective and fair comparison,
the top 4 countries has higher population compared to Malaysia.

(2022 Population: Indonesia 250+ millions, Vietnam 100+ millions, Thailand 70+ millions, Philippines 100+ millions & Malaysia 33+ millions).

#growth #GDP #economy #asean

Discussion meeting with TATA Chemicals from TATA Group India

19 September 2022 (Monday) via Microsoft Team Meetings

Discussion meeting with TATA Chemicals representatives from India (subsidiary of TATA Group – the biggest conglomerate in India) on how to concentrate the energy density for biomass and fully utilize the available biomass resources in India.

A fruitful discussion and soon (next month), TATA Chemicals representatives will be visiting our facility at the Centre of Hydrogen Energy, Institute of Future Energy, Universiti Teknologi Malaysia for a thorough discussion on how we should move forward.

Thank you Dr. Anirban Bhaduri, Dr. Sudhir Dapurkar from Tata Chemicals and of course, my sifu Dr. Tuan Amran for having this session.

#networkingandlinkages
#internationalcollaboration
#research
#sustainableenergy #futureenergy #malaysia #biomass #india #tatachemicals

Best Presenter Award ReONS 2022

Alhamdulillah ?
Thank you to the 1st Research Officers National Symposium – REONS 2022 for the opportunity, and thank you to the ReONS judges for selecting me and a few other colleagues for the ReONS 2022 Best Presenter Award.

Thank you again and may we meet again in the next edition of the 2nd ReONS ☺️

#ReONS2022#MROS # #researchofficers#ReONS_ICT#research#opportunity#networking#thankyou

𝑪𝒐𝒓𝒆𝒕𝒂𝒏 15 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝑷𝒆𝒈𝒂𝒘𝒂𝒊 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒊𝒅𝒊𝒌 𝒅𝒊 𝑼𝑻𝑴 (𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 2)

#energy #PhD #Masters #chemicalengineering #hydrogen #instituteoffutureenergy #UTM #CHE #IFE

Selain itu, individu penting yang paling banyak membantu saya sepanjang perjalanan Masters & PhD adalah Dr Tuan Amran selain Prof Dr Nor Aishah Saidina Amin (pengajian Masters) serta Dr Nordin Sabli (main SV UPM), Dr Shamsul Izhar (Co SV UPM) dan Prof Dr Luqman CHUAH ABDULLAH (Co SV UPM) (pengajian PhD).

Saya juga amat berterima kasih kepada Ir Dr ramli Mat (pensyarah yang mengajar termodinamik sewaktu “degree”), mantan Pengarah CHE PM Adnan Ripin serta Pengarah CHE sekarang Prof Dr Aishah Abdul Jalil kerana turut terlibat serta amat membantu dalam perjalanan Masters dan PhD saya.

Tidak dilupakan Prof Rosli Illias, Prof Ruzairi Abdul Rahim, Prof Azra’ai, Almarhum Prof Marzuki, Prof Md Nor Musa, Madam Punithavalli Marimuthu, Puan Norazizah Ismail, En Kamsaini, Almarhum En Afendi, Haji Farid serta pengurusan RMC/JTNCPI yang sentiasa menyokong kemajuan kerjaya Pegawai Penyelidik UTM agar terus cemerlang serta mampu melanjutkan & menamatkan pengajian PhD.

Saya amat bersyukur direzekikan untuk bertemu insan-insan hebat sepanjang perkhidmatan di UTM.

InsyaAllah, jika diberikan rezeki umur yang panjang masih berbaki tempoh perkhidmatan lebih 2 dekad.

Terima kasih pengurusan UTM atas amanah dan kepercayaan yang diberikan.

Terima kasih rakan-rakan RO Kelab Pegawai Penyelidik UTM – KPP UTM yang sentiasa bersama susah dan senang.

InsyaAllah kita boleh menyumbang sesuatu untuk UTM.

𝐔𝐓𝐌 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢.

𝐔𝐓𝐌. 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚.

Edit:
Credit & Highlights untuk empat (4) Profesor hebat yang pernah/masih lagi menjadi Pengarah/Dekan/Ketua Jabatan serta semua penyelidik dan staf yang pernah bekerja dengan saya.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Prof. Dr. Hamdani Saidi yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Feb 2021 yang lalu.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua sahabat serta rakan-rakan yang berkawan dan membantu tanpa syarat

Saya masih lagi orang yang sama seperti dulu, cuma lebih matang 😎 & lebih berat 😂

𝑪𝒐𝒓𝒆𝒕𝒂𝒏 15 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝑷𝒆𝒈𝒂𝒘𝒂𝒊 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒊𝒅𝒊𝒌 𝒅𝒊 𝑼𝑻𝑴 (𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 1)

#RMC #EnergyRA #CREG #IFE #UTM

Mula lapor diri pada 26 Jul 2007 sebagai Pegawai Penyelidik Q41 dengan berbekalkan pengalaman industri sebagai “Process Engineer” selama 2 tahun di “Renewable Energy Division MNC” terkemuka.

Bermulalah perkhidmatan di UTM yang diketuai oleh beberapa orang dekan/pengarah.

𝐉𝐮𝐥 – 𝐃𝐞𝐜 𝟐𝟎𝟎𝟕 𝐝𝐢 𝐊𝐥𝐮𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐂𝐡𝐞𝐦𝐢𝐜𝐚𝐥 & 𝐁𝐢𝐨𝐭𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐄𝐧𝐠𝐢𝐧𝐞𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 di bawah kepimpinan Ketua Kluster Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin. Tugas utama adalah menerima, menyaring serta menguruskan penilaian proposal bagi permohonan dana penyelidikan.

𝐉𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟎𝟖 – 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟎𝟗 𝐝𝐢 𝐂𝐡𝐞𝐦𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐑𝐞𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐄𝐧𝐠𝐢𝐧𝐞𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 (𝐂𝐑𝐄𝐆) dibawah kepimpinan Prof. Dr. Nor Aishah selaku Ketua RG. Mula kenal dengan penyelidikan, pengurusan penyelidikan, penulisan, IP filing dan penyertaan pameran penyelidikan di sini.

Sangat banyak pengalaman berharga di sini walaupun hanya setahun lebih berkhidmat. Kenal Dr Mailin Misson, Dr Roslindawati Haron, Dr Mahadhir Mohamed, Dr Zaki Yamani Zakaria, Dr Wan Nor Nadyaini Wan Omar, bakal Dr Nazlina Ya’ainiNurul Huda Zamzuri, Dr Nur Aainaa Syahirah Ramli serta ramai lagi rakan dibawah CREG.

𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟎𝟗 – 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟏𝟏 𝐝𝐢 𝐄𝐧𝐞𝐫𝐠𝐲 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐢𝐚𝐧𝐜𝐞 diterajui Almarhum Prof. Dr. Hamdani Saidi yang sentiasa tenang, “very knowledgeable” dan berkarisma.

Almarhum merupakan pengasas dan “pioneer” kajian membran dalam “fuel cell technology” di UTM dan Malaysia.

𝐀𝐩𝐫 𝟐𝟎𝟏𝟏 – 𝐀𝐩𝐫 𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐄𝐧𝐞𝐫𝐠𝐲 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐢𝐚𝐧𝐜𝐞 tetapi diketuai Dekan Penyelidikan bdaripada bidang elektrik.

Prof. Dr. Zainal Salam mempunyai “management style” yang cepat dan pantas, berdiplomasi tetapi “direct to the point”. Rezeki dinaikkan pangkat pada tahun 2013 semasa sedang melanjutkan pengajian peringkat Masters secara “part-time”.

𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟏𝟓 – 𝐤𝐢𝐧𝐢 (𝐜𝐮𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐏𝐡𝐃 𝐒𝐞𝐩𝐭 𝟐𝟎𝟏𝟔 – 𝐅𝐞𝐛 𝟐𝟎𝟐𝟎) 𝐝𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞 𝐨𝐟 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐄𝐧𝐞𝐫𝐠𝐲, UTM dipimpin oleh Pengarah Kanan Prof. Dr. Arshad Ahmad.

Seorang ketua yang amat dihormati, gaya bersahaja tetapi setiap keputusan yang dibuat bersandarkan kepada pertimbangan yang amat rasional dan berdiplomasi tanpa mengenepikan ‘human factor’.

Beliau menyokong kuat permohonan cuti belajar PhD saya dan dengan yakin di hadapan TNCA UTM Prof Prof Ts Dr Rose Alinda Alias ketika itu berkata “saya yakin dia boleh” walaupun diri sendiri tidak pasti pengakhiran perjalanan PhD.

Diberikan kepercayaan sekali lagi oleh pihak pengurusan dengan pemberian kenaikan pangkat.

Alhamdulillah, saya diberikan kesempatan dan rezeki untuk sama-sama bekerja dengan insan-insan hebat bergelar Professor dalam bidang masing-masing tetapi sangat “humble” dan mengikut resmi padi.

Bersambung…

Biografi Ts. Dr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin, Pegawai Penyelidik Kanan, Institute of Future Energy, Universiti Teknologi Malaysia

Biografi 

Ts. Dr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin

Pegawai Penyelidik Kanan, Institute of Future Energy, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor.

https://people.utm.my/mfadhzir/

Ts. Dr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin berasal dari Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor dan dilahirkan pada 4 Disember 1983 di Hospital Batu Pahat, Batu Pahat, Johor.

Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kota Dalam, Ayer Hitam sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri, Ayer Hitam daripada Tingkatan 1 hingga 3.

Keputusan cemerlang semasa Peperiksaan Menengah Rendah (8A) membolehkan beliau diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara Jasin, Melaka semasa di Tingkatan 4 hingga 5.

Selepas seminggu sahaja selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000, Dr. Mohd Fadhzir diterima masuk untuk mengikuti program UTM-MARA Ekspres selama 6 bulan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru menggunakan keputusan yang diperolehi semasa ujian percubaan SPM.

Selepas tamat program tersebut, beliau terus ditawarkan kemasukan terus ke pengajian tahun 2 bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (2001-2005).

Dr. Mohd Fadhzir memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian (2nd Class upper) daripada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2005.

Selepas itu, beliau bertugas sebagai jurutera proses di syarikat multinasional tempatan yang menghasilkan minyak bio daripada tandan kosong buah kelapa sawit dengan penglibatan kerjasama pakar bidang dari Belanda, Jepun, Jerman dan juga Korea. Proses yang terlibat dalam penghasilan minyak bio ini ialah proses pyrolysis yang beroperasi tanpa kehadiran gas oksigen atau pun udara persekitaran.

Pengalaman bekerja selama 2 tahun di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta minat yang mendalam mendorong beliau untuk memohon dan diterima kerja sebagai pegawai penyelidik (gred Q41) di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2007.

Pada tahun 2011, beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan cemerlang (APC) oleh pihak pengurusan UTM. Pada tahun 2013, beliau dinaikkan pangkat kepada pegawai penyelidik (gred Q44) dan pada tahun 2014 pula, memperolehi Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau juga sekali lagi berjaya dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2014.

Hasil penglibatan beliau dalam penyelidikan dan pembangunan serta pelbagai jawatankuasa diperingkat universiti, beliau diberikan kepercayaan oleh universiti untuk menjawat jawatan dan dinaikkan pangkat kepada pegawai penyelidik kanan (gred Q48) pada tahun 2018 di Institute of Future Energy, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Pada tahun yang sama juga, beliau telah diiktiraf sebagai Teknologis Profesional (Ts.) oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Dr. Mohd Fadhzir telah mempeorlehi Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Kimia) daripada Universiti Putra Malaysia setelah diluluskan oleh Majlis Senat Universiti pada 8 September 2022 dalam bidang penghasilan gas hidrogen daripada elektrolisis suhu tinggi kuprum klorida dalam asid hidroklorik menggunakan membrane pertukaran proton hibrid / High-Temperature Electrolysis of Copper Chloride using Hybrid Proton Exchange Membrane for Hydrogen Production.

Sehingga kini, Dr. Mohd Fadhzir telah terlibat dengan lebih daripada 13 projek penyelidikan dan perundingan serta berjaya menerbitkan lebih 20 artikel (5 ISI Q1/Q2, 4 Scopus, 2 bab dalam buku, 6 kertas kerja persidangan, 2 permohonan paten dan lain-lain) di peringkat antarabangsa dan kebangsaan termasuklah juga penerbitan artikel di portal pendidikan online serta akhbar utama.

Selain itu, beliau juga telah menyemak lebih daripada 18 artikel jurnal berimpak tinggi melalui penglibatan sebagai reviewer bagi Journal of Cleaner Production (JCLPRO), International Journal of Hydrogen Energy (IJHE), International Journal of Energy Research (IJER) dan lain-lain lagi.

Dr. Mohd Fadhzir boleh dihubungi melalui LinkedIn https://www.linkedin.com/in/fadhzir/ dan hasil penyelidikan serta kajian beliau boleh dicapai melalui link berikut;

Scopus https://www.scopus.com/authid/detail.uri?authorId=26221132900

Web of Science https://www.webofscience.com/wos/author/record/A-1411-2010

ResearchGate https://www.researchgate.net/profile/Mohd-Fadhzir-Ahmad-Kamaroddin dan,

Google Scholar https://scholar.google.com/citations?user=tSB9eZAAAAAJ&hl=en

Perjumpaan dengan Dato’ Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT.

Gabungan kepemimpinan pegawai penyelidik universiti penyelidikan (RO RU) – UM, UPM, UTM, UKM dan USM di KPT bagi perjumpaan dengan Dato’ Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT.

Terima kasih semua untuk idea, cadangan serta perkongsian maklumat ?

Sama-sama kita menjayakan penganjuran 1st Research Officers National Symposium – REONS 2022 pada 29-30 Ogos 2022 dan merealisasikan penubuhan Malaysian University Research Officer Society (MROS) ???

a group of people posing for a photo

#researchuniversity#mros#researchofficer#ReONS2022