PENILAIAN TRGS 1/2018

Tarikh : 6 Mac 2018

Tempat:  Bilik Viva 2, SPS

Masa (yang dijadualkan) : 4.00 – 4.45 petang

Kali pertama menjadi penilai TRGS sejak dianugerahkan Prof. Madya. TRGS iaitu Transdisciplinary Research Grat Scheme adalah merupakan penyelidikan asas dan eksploratori yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu (berdasarkan garis panduan TRGS KPT). Penyelidikan dipayungi oleh sebuah program dan mengandungi beberapa projek. Projek-projek yang dicadangkan perlulah daripada minimum 3 kluster daripada yang tersenarai berikut:

  1. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Sciences)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Warisan Alam dan Budaya (Natural and Cultural Heritage)
  7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
    Communication Technology)

Program yang dinilai bertajuk :“Efficacy Model of Property Management Business Strategy”. Alhamdulillah, belajar new things from fellow Penilai Prof Madya Dr Ibrahim Atan @ Sipan dari Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah. Semoga feedback yang diberi kepada Penyelidik berkenaan beroleh manfaat dan berjaya dianugerahkan TRGS.

Rekod: Emal Lantikan