Category Archives: Jawatankuasa

Mesyuarat WANGI 1/2020

Apakah WANGI?

WANGI merupakan Persatuan Wanita Teknologi di Universiti Teknologi Malysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1994. Ahli-ahli WANGI terdiri daripada kakitangan wanita UTM dan isteri kakitangan UTM. Persatuan sukarela ini bergiat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, kesihatan, pendidikan dan kemasyarakatan.

Untuk Staf UTM, sekiranya anda adalah ahli WANITA Badan Kebajikan Staf (BAKES) UTM, secara automatik anda adalah ahli Wanita Teknologi (WANGI), UTM.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Prof Dr Durrishah Idrus selaku Timbalan Yang Di Pertua 1 WANGI. Agenda utama mesyuarat pada hari ini adalah bagi membincangkan Mesyuarat Agung Tahunan yang akan dijalankan pada bulan Mac serta perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2020.

Mesyuarat dijalankan di Bilik Syndicate 4 di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dari jam 2.30 hingga 5.00 petang.