Category Archives: Out station

Mesyuarat di MyBIM Center.

Selaku Associate Member Building Information Modeling Research Group dan ‘General Manager’ tidak rasmi 😂😂😂,  saya telah terjebak dengan mesyuarat hari ini di MYBIM Center, Kuala Lumpur bersama PM Dr Kherun Nita Ali.

BIMCDIS, UTM dalah salah satu Satellite Center BIM CIDB yang menjalankan latihan dan akredetasi BIM. MOU akan diperbaharui tahun ini dan adalah KPI baru yang perlu dicapai. Inshaa Allah we can!

Hakak², abam², adik² kalau tahu dan ada dengar sesiapa mencari latihan BIM, mari hantar ke BIMCDIS UTM. Semua pelatih kami adalah certified trainers. Boleh PM tepi kami minshah@utm.my atau b-kherun@utm.my.

MRT CORP – UTM MOU Discussion

Salah satu agenda hari ini ialah menjalankan peranan sebagai Associate Member kepada Building Information Modeling Center for Digital Innovations and Solutions (BIMCDIS).

Mesyuarat diadakan di MRT Corp seperti berikut:

Tarikh: Isnin 5 March 2018
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat: Pasir Mas Meeting Room, Level 2, Wisma MRT (Project Headquarter).
Nama bilik-bilik mesyuarat di MRT Corp adalah sempena nama stesen-stesen keretapi di Malaysia contohnya Pasir Mas, Gemas, Segamat dan Ipoh.
Associate Professors (Dr Kherun Nita, Dr Nur Emma, Rozana)
The four of us
Perbincangan adalah berkenaan isi kandungan MOU dan persediaan yang perlu dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Inshaa ALLAH, MOU dijangka akan ditanda tangani pada bulan Julai 2018.
Melalui mesyuarat ini, dapat belajar cara berinteraksi dengan pihak industri. Belajar cara kerja mereka, cara susun atur strategi mereka dan the grounding rules..contohnya ‘No gift policy”. Kami maklumkan kepada pihak MRT Corp yang UTM juga mempunyai polisi yang sama.
Inshaa ALLAH, next meeting will be in a month time.

CAPAM 2016

Dua hari minggu lepas 19 dan 20 Ogos 2016 saya bertugas di Commonwealth Association for Public Administration and Management Biennial Conference (CAPAM 2016)  di Putrajaya International Convention Centre. Tugasnya penjaga booth UTM RADIS-UTMFin pemenang Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan 2015. Aik, lecturer pun kene jaga booth? Ye lah, ganti-ganti. Event ni lama betul, mula hari Ahad 14 Ogos 2016. Sejak 14 Ogos tu staf-staf lain dah tolong jaga, so last 2 days ni saya dan Timbalan Pengarah (Pengurusan Projek) RMC Prof Madya Dr Shukor pula take over.

Jumpa ramai juga alumni UTM bertugas di sini. Gentleman yang siap ber’coat’ tu alumni jabatan Sistem Maklumat, juga pelajar di bawah seliaan Mentor saya iaitu Prof Madya Dr Azizah Abdul Rahman. Seorang lagi pula, Shidah pelajar MSc IT Management. Excited betul jumpa budak sorang ni!

IMG20160820105158

 

IMG-20160819-WA0010

Sempena break panjang hari Jumaat 12:30 – 2:30 petang, ronda-ronda di booth yang ada. Booth yang tak boleh saya elakkan is booth MPH. Jengah-jengah buku ternampak buku My Name is Hasmah. Terus teringat Encik Suami yang sungguh mengkagumi Tun Dr Sti Hasmah (saya juga). So 1 book for him and 1 for me. Inilah hasil tangkapannya.

IMG20160827204341

 

Al kisah, suami saya dah selesai baca buku tersebut, tak sampai 3 hari selesai dibacanya!