Salah satu agenda hari ini ialah menjalankan peranan sebagai Associate Member kepada Building Information Modeling Center for Digital Innovations and Solutions (BIMCDIS).
Mesyuarat diadakan di MRT Corp seperti berikut:
Tarikh: Isnin 5 March 2018
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat: Pasir Mas Meeting Room, Level 2, Wisma MRT (Project Headquarter).
Nama bilik-bilik mesyuarat di MRT Corp adalah sempena nama stesen-stesen keretapi di Malaysia contohnya Pasir Mas, Gemas, Segamat dan Ipoh.
Perbincangan adalah berkenaan isi kandungan MOU dan persediaan yang perlu dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Inshaa ALLAH, MOU dijangka akan ditanda tangani pada bulan Julai 2018.
Melalui mesyuarat ini, dapat belajar cara berinteraksi dengan pihak industri. Belajar cara kerja mereka, cara susun atur strategi mereka dan the grounding rules..contohnya ‘No gift policy”. Kami maklumkan kepada pihak MRT Corp yang UTM juga mempunyai polisi yang sama.
Inshaa ALLAH, next meeting will be in a month time.
Rekod: UTM MRT Corp MOU Discussion