Tag Archives: law of attraction

Durian Law of Attraction

First day of the week dimulakan dengan meeting khas Pengurusan RMC.  Saya lambat! Padahal PA dah masukkan dalam kalendar, tapi tak jengah kalendar langsung.  Saya dengan yakinnya ingatkan meeting pertama hari ini pukul 9.30 pagi. Hmmm. Lesson learnt: Silalah jengah kalendar malam sebelumnya.

10:30 pagi meeting di Fakulti Alam Bina bersama Dr Kherun Nita yang juga merupakan Ketua Projek Penyelidikan Kontrak yang kami baru terima bulan ini. Alhamdulillah  🙂 Dalam mesyuarat ini, adalah selingan tentang DURIAN! Dr Kherun ni dah lama betul tak makan durian. Katanya dah 5 tahun. Hebat betul! Tapi katanya dah terdengar-dengar orang makan durian, teringin pulak. Ditambah pula dapat gambar durian sebonet melalui Whatsapp yang dihantar ahli keluarganya di Segamat. Siap di mesej nya orang Segamat tu ditanya, tak nak hantar ke JB ke? heheh. Takde maknanya org yg tengah menikmati durian sebonet tu reply. Tak reply langsung ok!

Haishhh! Tiba-tiba saya pun teringin nak makan durian. Last makan was last 2 weeks kat rumah parents dengan begitu berhemah sekali. Makan 3 ulas sahaja! Hihihi, diet lah tu konon. Boleh la control sebab durian tu dah dikopek dan dah dimasukkan dalam bekas. Durian baru keluar ‘esbok’ (peti sejuk) kata orang Johor.

Begitulah keadaannya. Suami saya tak makan durian, bau je dia dah pening. Maka, setiap kali musim durian saya tunggu je kakak atau ayah calling-calling: “Jom makan durian”. Atau saya buat je muka tak malu, “Long, kalau ayah beli durian, cakap tau” heheheh. Ayah kita memang superb. Dia memang suka BELI and KOPEK durian. Dia akan sikit je, lain-lain isteri, anak-anak perempuan, memantu lelaki sorang, menantu perempuan sorang (kalau ada di JB) and cucu-cucu perempuan bedal. Yang lelaki lain dalam family kami tak kisah langsung. Untung lah kita yang suka ni, boleh amik kuota dorang.

Berbalik kepada meeting pagi ni, saya terfikir-fikir ni, mana nak dapat durian ni? Geram pulak, terbayang-bayang. Mana nak beli ni???

Lepas lunch, sambung pulak lagi 2 meeting di RMC. Habis je meeting, terus balik.  Dah lupa kisah durian.

Semasa nak menunaikan solat Isyak, baca Whatsapp yang dikirim oleh seorang student PhD saya:

IMG_20160828_235448

Ha! Kannn ni namanya Durian Law of Attraction! Tengah hari tadi teringat-ingat, terbayang-bayang durian. Rezeki tu! Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, durian di banned dari masuk rumah. Durian yang dihantar oleh stduent saya tu sempat transit kejap je kat luar rumah saya. So saya decide untuk share dengan Dr Kherun Nita @ Jiran kat hujung jalan (yang juga teringin durian). Suami dia pun tak makan durian!

Alhamdulillah, nasib baiklah ada anak saudara lelaki dia – Amirul. Makan lah 2 orang jiran bersama anak saudara ni kat luar rumah. Sib baik lah rumah jiran sorang ni rumah corner. Makan lah mereka bertiga di bawah open air. Alhamdulillah, sib baik juga tak lah teruk sangat jerebu malam ni. Walaupun dua biji sahaja, ketiga-tiga manusia ni makan durian Segamat tu dengan hati yang puas. Ya ALLAH, nikmat betul!

Maka tercipta lah satu sejarah hari ini MAKAN DURIAN KAT RUMAH JIRAN! OK tu je nak story, tak amik gambar sebab makan durian pakai baju kelawar  😀

Note: Kalau nakkan sesuatu, kene nak sungguh-sungguh. Bayangkan ada depan mata. Inshaa ALLAH, ALLAH akan bagi rezeki. THANK YOU ALLAH for the nikmahsss given to us today.