Tag Archives: putrajaya

CAPAM 2016

Dua hari minggu lepas 19 dan 20 Ogos 2016 saya bertugas di Commonwealth Association for Public Administration and Management Biennial Conference (CAPAM 2016)  di Putrajaya International Convention Centre. Tugasnya penjaga booth UTM RADIS-UTMFin pemenang Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan 2015. Aik, lecturer pun kene jaga booth? Ye lah, ganti-ganti. Event ni lama betul, mula hari Ahad 14 Ogos 2016. Sejak 14 Ogos tu staf-staf lain dah tolong jaga, so last 2 days ni saya dan Timbalan Pengarah (Pengurusan Projek) RMC Prof Madya Dr Shukor pula take over.

Jumpa ramai juga alumni UTM bertugas di sini. Gentleman yang siap ber’coat’ tu alumni jabatan Sistem Maklumat, juga pelajar di bawah seliaan Mentor saya iaitu Prof Madya Dr Azizah Abdul Rahman. Seorang lagi pula, Shidah pelajar MSc IT Management. Excited betul jumpa budak sorang ni!

IMG20160820105158

 

IMG-20160819-WA0010

Sempena break panjang hari Jumaat 12:30 – 2:30 petang, ronda-ronda di booth yang ada. Booth yang tak boleh saya elakkan is booth MPH. Jengah-jengah buku ternampak buku My Name is Hasmah. Terus teringat Encik Suami yang sungguh mengkagumi Tun Dr Sti Hasmah (saya juga). So 1 book for him and 1 for me. Inilah hasil tangkapannya.

IMG20160827204341

 

Al kisah, suami saya dah selesai baca buku tersebut, tak sampai 3 hari selesai dibacanya!