Pagi ini saya dapat video SuaraTV melalui Whatsapp berkaitan isu TNB yang kecoh-kecoh sejak kebelakangan ini. Memang diakui bil elektrik dapat lambat dan tiba-tiba melambung 2 kali ganda. Isu yang ditimbulkan mainly adalah isu autodebit, autopay menggunakan online banking, juga pihak TNB tidak memaklumkan kepada pelanggan perubahan yang berlaku. Pendapat saya:
- Upgrading system dari masa ke semasa tidak dapat dielakkan berikutan perubahan teknologi dari masa ke semasa.
- Kebiasaannya memang akan berlaku kesukaran kepada pengguna/pelanggan apabila sistem baru diimplementasi/ditambah baik, tetapi seharusnya ini boleh dikurangkan seberapa boleh dengan pengujian sistem yang lebih teliti.
- Sebagai pelanggan, kita harus peka agar kita tidak dicaj secara yang tidak sepatutnya
- Kita mesti ambil masa untuk baca bil bahagian depan dan belakang. Rupanya dalam bil terkini ada dinyatakan tentang perubahan nombor akaun (baru perasan hihihi)
- Dapatkan maklumat sahih dari TNB. Ini yang saya dapat dari website TNB berkaitan isu ini : https://www.tnb.com.my/faq/bm-pengebilan/
- Hari ini pertama kali saya lawati facebook rasmi TNB iaitu www.facebook.com/tnbcareline. Tujuannya saya ingin kenalpasti ada tak pihak TNB maklumkan tentang pertukaran no akaun. Nampaknya ada satu pos, namun hanya dipos pada 3 Ogos 2016. Tiada pemakluman tentang bil akan dihantar lambat untuk bulan Julai.
- Pemakluman lain pula baru dipos semalam 25 Ogos 2016.
- Yes, it takes time for us to visit office TNB tu, tapi untuk dapatkan kepastian lebih baik pergi dan dapatkan maklumat tepat dan not trust and rely 100% dengan apa yang kita baca melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.
- Kongsi maklumat dengan ahli keluarga, kawan-kawan agar masing-masing tahu apa yang berlaku and dapat hak masing-masing
- All in all, kekecohan ini serta kemarahan pelanggan dapat dielakkan sekiranya pihak TNB membuat makluman terlebih awal. Apalah sangat untuk TNB war-warkan melalui media massa mainstream terutamanya TV. Persepsi pelanggan kan TNB kaya! Pelanggan perlu dilayan dengan baik dan adil. Itu je.
- One statement from TNB meminta maaf kepada pelanggan dan akan pastikan pelanggan akan mendapat hak masing-masing PASTI akan meredakan kemarahan. Would they do that? If they do, TNB is a HERO!