Thomas Piketty – kesenjangan** pendapatan/kekayaan dan politik agihan semula pendapatan.
**saya suka gunakan perkataan kesenjangan bagi menunjukan bahasa Malaysia kita ini juga kaya dengan perkataan.
Sejak buku Capital in the Twenty-First Century diterbitkan 2 tahun lalu, pelbagai kritikan, komen dan pandangan dilontarkan terhadap buku tersebut, (sebahagian economist mengkritik buku tersebut tidak banyak input tambahan berbanding buku beliau yang terbit pada tahun 1997). Buku yang ditulis oleh Piketty berkisar tentang kritikan beliau terhadap jurang kekayaan dan pendapatan yang semakin membesar terutamanya di negara-negara eropah dan US, tanpa menafikan kesenjangan pendapatan/kekayaan yang semakin tinggi di negara-negara lain (boleh rujuk rumusan Dr. Mahyudin Ahmad tentang ini) – https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=119680341930223&id=100016647733562.
Secara ringkasnya “central argument” dalam buku tersebut adalah selama ini capitalism telah membawa masyarakat kembali kepada “rentier society” iaitu golongan kaya dan berada menjadi semakin kaya atas harta yang diwarisinya yang akhirnya mewujudkan golongan aristocrat, iaitu kembali ke zaman klasik!
Lantaran itu beliau mencadangkan supaya cukai secara progresif ke atas kekayaan dikenakan dan bukan kepada perbelanjaan (maksudnya beliau menolak cukai seperti GST / VAT sebaliknya mencadangkan cukai dikenakan ke atas harta yang diwarisi atau yang diperoleh). Namun ini mengundang pelbagai kritikan. Ok baik, kita tinggalkan dahulu kandungan buku beliau yang saya sendiri belum sempat menghabis kesemua 700 muka surat buku tersebut walaupun telah setahun memilikinya).
*****
Saya berpeluang mendengar ceramah beliau Khamis lalu bersama rakan sefellow saya Dr. Mahyudin Ahmad, sehari sebelum itu saya terlepas peluang untuk masuk ke dewan kerana telah full house (saya hadir 5 minit lebih awal, itupun pengawal tak benarkan masuk atas sebab keselamatan).
Satu keadaan yang lumrah di sini apabila tokoh-tokoh ulung dijemput untuk memberikan ceramah. Ini mengingatkan saya kepada Alma Mater saya beberapa tahun dahulu. Perkongsian Idea dan perdebatan Ilmu menjadi tunjang kepada sesebuah gedung Ilmu. Bukan hanya kertas-kertas penerbitan yang tujuannya untuk dimuatkan dalam CV! (peringatan untuk diri sendiri).
Menarik untuk dihighlightkan dalam sesi beliau mengenai kesan daripada kesenjangan ekonomi terhadap perdebatan politik. Dekad-dekad sebelum ini perdebatan politik ditunjangi oleh dua ideologi yang sama ada extreme left ataupun exreme right (sosialis vs kapitalis atau miskin vs kaya), di mana situasi berikut dapat diperhatikan:
1. Hasil analisis daripada data Piketty, di Eropah parti-parti beraliran kiri (leftist) cenderung untuk mendapat sokongan daripada pengundi yang berpendapatan rendah dan golongan menengah, serta mereka yang berpendidikan sederhana ke bawah.
2. Pada tahun 1980 – 90 an trend tersebut berubah, left wing lebih banyak disokong oleh golongan yang berpendidikan tinggi manakala yang berpendidikan sederhana beralih sokongan kepada right wing.
3. Mengapa berlaku perubahan tren ini?
1. Bagi beliau left wing pada ketika itu mempromosikan pembebasan melalui pendidikan dan mereka yang berjaya dan memperoleh manfaat melalui proses tersebut memberikan semula sokongan kepada left wing.
2. Mereka yang berpendidikan dan golongan kiri mendokong nilai-nilai yang universal, kepelbagaian etnik masyarakat pasca kolonial, penerimaan globalisasi (Piketty adalah pendokong tegar globalisation).
3. Ini menyebabkan pengundi-pengundi yang berpendidikan rendah merasakan diri mereka terabai bahkan terancam oleh globalisasi dan immigrasi pendatang asing yang akhirnya membawa mereka untuk berasa takut dengan orang asing/luar (xenophobia) dan menyokong parti yang didominasi “far right”.
Golongan far right ini merupakan parti yang berasakan identiti yang dapat dilihat melalui sikap mereka yang pro-nasionalis, chauvinist, populist, anti-progressive dan selalunya berasa diri mereka terancam (sound familiar dengan politik tanah air). Contoh terdekat adalah kejayaan Trump dalam pilihanraya UK dan pola pengundian masyarakat Britain dalam Brexit.
4. Manakala sebahagian daripada leftist mula mengetengahkan polisi-polisi ekonomi yang lebih centrist dan progressif.
Walaupun perbincangan mengenai kesenjangan ekonomi ini banyak didominasi pendekatan westencetric, keadaan di tanah air juga tidak banyak bezanya. Inilah yang menjadi ramuan terhebat bagi pemain-pemain politik membaca rentak pengundi. Cuma soalnya, adakah mereka ini berpaksi kepada political realist ataupun berdegar dengan retorik-retorik ideologi yang rakyat sendiri tidak faham apa hala tujunya.
* Piketty menegaskan, semakin jauh kesenjangan, political demand terhadap agihan semula dijangka akan semakin meningkat.
Sejauh manakah kesenjangan ini berlaku di Malaysia?? Saya cuba mencari data-data dan penulisan berkaitan yang nyatanya menunjukkan kesenjangan ini agak tinggi. Buku colour of inequality (classmate MEc saya di UM) menarik untuk dihadam.
* Kesimpulan Piketty
1. Kesenjangan ekonomi (pendapatan dan kekayaan) sangat berkait rapat dengan politik.
2. Political institution berperanan dalam urustadbir ekonomi dalam usaha menghapus atau setidaknya mengurangkan kesenjangan ini.
3. Piketty adalah pro kepada kadar cukai progressif yang dikenakan kepada income & wealth (tiada halal haram bagi beliau ye) dan beliau mencadangkan cukai kekayaan yang progressif dan effisien.
4. Meningkatkan akses kepada pendidikan
5. Undang-undang buruh yang saksama
6. Struktur kuasa politik serta urustadbir yang inklusif.
Graf dibawah Ini merupakan jangkaan beliau dalam pusingan akhir pilihanraya Presiden di Perancis pada esok hari. Bagaimana hubungan antara golongan berpendapatan tinggi dengan left wing.
Biasanya nota dan video penuh siri kuliah ini akan diupload di sini:http://www.econ.cam.ac.uk/…/Marshall_…/ML-past-lectures.html