Bincang1

with No Comments

Soalan:

As a man. Lelaki suke tak kalau girls yg gedik2. Atau ketawa nye bahak2. Like i see..lelaki mcm tertarik dgn perkara sebegitu.

Jawapan:

Lelaki atau manusia ada pelbagai kecenderungan. Untuk menjawab, saya analogikan dengan senario:

Lelaki A suka makan durian mentah. Durian yang dikopek depan matanya, dan lebih menarik jika dia sendiri mengopek durian itu. Merasai kepayahan mengopeknya walaupun tertusuk duri di tangan walaupun tercalar tangan. Dia suka memilih buah durian itu sebelum dikopek dengan menilai rupa kulitnya, bentuk durinya rapat atau jarak, baunya.

 

Lelaki B tidak suka makan durian mentah. Dia geli dengan rupa durian yang terletak dalam pangsa. Lebih-lebih lagi tekstur ulas durian itu sudah seperti diramas. Walaubagaimanapun, dia suka makan durian crepe. Dia suka dengan cara durian crepe itu dipersembahkan. Dia tidak mempedulikan rupa asal durian itu (sama ada rupanya hancur diramas atau sempurna), janji ianya sudah berbentuk yang menarik dalam rupa durian crepe.

 

Lelaki C tidak boleh menerima langsung rupa durian, menyentuhnya apatah lagi baunya. Seperti allergy gitu. Walaubagaimanapun, tanpa diketahuinya, jika suatu masakan itu bercampur dengan durian contohnya gulai tempoyak ikan patin, dia mampu makan berpinggan-pinggan. Namun, jangan dia dapat dengar bahawa itu ialah bercampur durian, pantas apa yang dimakan itu dikeluarkannya (muntah).

 

Jadi setiap lelaki itu berbeza seleranya. Boleh disimpulkan selera atau kecenderungan itu terbahagi kepada 3 iaitu visual, audio dan kinestetik. Orang visual biasanya suka yang dilihatnya cantik, dalam percakapannya akan mengungkapkan apa yang diperhatikannya. “Aku tengok kereta tu berkilat, bersih dalamnya, sport rimnya 12 inci, ekzos dia jejak jalan, cermin dia macam langit malam gelap”. Biasa kita akan dengar ungkapan orang visual ialah “aku lihat”, “aku nampak”, “rupa dia”, “cantik betul”, “hodohnya”, “buruknya”.

Orang audio pula cenderung kepada bunyi. Mereka boleh dikesan melalui deskripsi perbualan dalam bentuk bunyi. “kereta tu langgar tembok, POMMM! CUSSSSSS keluar minyak dia, lepas tu, WIWIWIWIW Polis pun sampai. Orang dalam kereta tu jerit TOLONG! TOLONG! Aku pun jawab TAK DENGAR! TAK DENGAR!”. Selalunya mereka suka kepada suara atau bunyi (muzik, siulan burung, Ombak,dsb). Ada juga yang suka mendengar bebelan.

Orang kinestetik pula selain daripada yang di atas. Mereka cenderung kepada rasa. “Sedap betul pakai kain ni, lembut aja rasa, ringan aja kalau disarung, macam tak pakai apa-apa”, “dalam masakan ni macam terlebih cekur, pahitnya ada terlebih rasa, tambah lagi santan supaya rasa lemak tu dapat kurangkan pahit, kalau ada gula melaka, hiriskan sikit”. “Dia tu pandai urut, dia tahu kat mana nak cari urat, tekan aja keluar angin”.

Ada juga manusia yang mempunyai gabungan kecenderungan sama ada audi dan kinestetik, visual dan kinestetik, audio dan visual, dan ketiga-tiganya. Jika kita dapat memahami asas ini barulah kita boleh beralih bagaimana nak menghadapi jenis-jenis manusia ini.

Comments are closed.