Kes pertama jangkitan Zika menerusi hubungan seks
AUSTIN, Texas: Kes pertama jangkitan virus Zika di Amerika Syarikat yang dilaporkan di sini pada Selasa oleh pegawai kesihatan menyatakan ia berpunca menerusi hubungan seks dan bukan gigitan nyamuk, sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat antarabangsa.