Serangan di Jakarta berakhir – Polis
JAKARTA: Polis Indonesia sebentar tadi menyatakan serangan di Jakarta sudah berakhir dan pasukan keselamatan kini mengawal keadaan. – AP
JAKARTA: Polis Indonesia sebentar tadi menyatakan serangan di Jakarta sudah berakhir dan pasukan keselamatan kini mengawal keadaan. – AP
JAKARTA: Polis menangkap empat suspek militan dipercayai terbabit dalam serangan bom dan tembakan di ibu kota Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang. – Reuters
JAKARTA: Kumpulan militan IS menghantar amaran tersirat sebelum kejadian letupan yang menggegarkan ibu negara Indonesia sehingga mengorbankan empat orang, menurut polis.
JAKARTA: Polis menembak mati empat suspek militan yang melancarkan serangan bom dan tembakan di ibu kota Indonesia, menurut polis.
PUTRAJAYA: Wisma Putra dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengesahkan berdasarkan maklumat terkini diterimanya, tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan di Jakarta, Indonesia pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Nilai mata wang dan pasaran saham Asia Tenggara, menjunam sebentar susulan tragedi letupan dan insiden tembak-menembak di tengah-tengah pusat bandaraya Jakarta.
JAKARTA: Satu lagi letupan kedengaran dekat bangunan di tengah Jakarta yang diserang militan hari ini, kata wartawan Reuters.
JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga pengebom nekad meletupkan diri mereka di kafe Starbucks di sini manakala dua lelaki bersenjata menyerang pondok polis berdekatan, kata saksi.
JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang mati selepas letupan menggegarkan Jakarta berhampiran sebuah pusat membeli belah popular, Sarinah, kata polis.
JAKARTA: Satu letupan kuat menggegarkan Jakarta berhampiran sebuah pusat membeli belah popular, Sarinah, dengan wartawan AFP melaporkan melihat tiga mayat terbaring di atas jalan.