Kursus Cerdik Kewangan

Salam Sejahtera,

Kesihatan bukan hanya untuk tubuh badan sahaja. Ianya juga melibatkan kesihatan mental, emosi, jiwa dan perasaan. Tanda kebahagiaan abadi adalah apabila kita tenang dan bahagia. Ketenangan dan kebahagiaan tidak boleh dijualbeli dengan wang ringgit tetapi boleh diperolehi melalui pengurusan kehidupan yang bermakna. Salah satu punca masalah kesihatan emosi ini adalah beban kewangan yang menimpa kita. Masalah adalah suatu halangan untuk mencapai matlamat. Kadang-kadang beban kewangan menyebabkan kita bermasalah dan menjadi punca kita mengalami gangguan jiwa.

Untuk mengatasi masalah beban kewangan ini maka modul Kursus Cerdik Kewangan diperkenalkan sebagai pendedahan untuk mengelakkan masalah beban kewangan berdasarkan pepatah Mencegah lebih baik dari merawat. Walaubagaimanapun, jika kita terbeban dengan masalah kewangan maka rawatan yang bersesuaian perlu dilaksanakan. Beban kewangan terdiri dari 5 tahap

Tahap 1; Pendapatan sama dengan Penbelanjaan. Masalahnya tiada simpanan

Tahap2; Pendapatan kurang dari pebelanjaan harian. Masalahnya tidak mampu bayar komitmen

Tahap3; Perbelanjaan melalui kredit. Masalahnya beban kredit yang membimbangkan

Tahap4: Pengurusan kredit yang kritikal. Masalahnya kegagalan sistem kewangan peribadi berfungsi dengan betul

Tahap5: Muflis atau bankrap. Masalahnya sistem kewangan peribadi tidak berfungsi

Berdasarkan justifikasi diatas, kelas cerdik kewangan dilaksanakan dengan visi ke arah komuniti cerdik kewangan berdasarkan misi berikut

  1. Memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan Cerdik Kewangan
  2. Berkongsi pengetahuan dan kaedah kuasai kewangan

Untuk mencapai objektif berikut

  1. Menjalankan aktiviti Cerdik Kewangan bersama-sama komuniti
  2. Mengadakan program Usahawan Cerdik kewangan dengan memberi fokus kepada pengurusan kewangan perniagaan
  3. Mengadakan program Generasi Cerdik Kewangan dengan memberi fokus kepada pengurusan kewangan peribadi terutama generasi muda di peringkat sekolah lagi

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar kursus ini dapat memberi manfaat kepada komuniti untuk membina generasi yang bebas masalah kewangan seperti hutang. Program ini juga diharapkan dapat membimbing usahawan berkaitan dengan pengurusan kewangan supaya usahawan dapat berkembang lebih jauh dengan jayanya.