Master Graduate

Tanggal 22 Mei 2022 merupakan tarikh bermakna bagi seorang insan bernama Nurul Atikah. Mana taknya, setelah dua tahun berhempas pulas naik turun jatuh bangun akhirnya dengan izin Allah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Kejuruteraan (Pengurusan Alam Sekitar). Terima kasih tidak terhingga kepada pengurusan fakulti yang memberi kebenaran untuk melanjutkan pengajian. Saya amat menghargai peluang yang diberikan. Tidak lupa juga buat Dr. Shamila Azman kerana banyak memberi pandangan dan dorongan terutama dalam kajian projek sarjana. Kajian berkaitan mikroplastik telah membuka minda dan menyedarkan diri terutamanya dalam pencemaraan alam sekitar yang berlaku disekeliling. Hasil dapatan kajian, lebih daripada 2 jenis polimer plastik dijumpai dengan perbagai bentuk dan warna.

Buat semua yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang pengajian, moga Allah balas kebaikan kalian dengan sebaik-baik balasan. Alhamdulillah, syukur juga dikurniakan rakan pengajian yang memahami dan turut memotivasikan diri. MasyaAllah, tabarakAllah, dalam pada masa yang sama, Dia hadirkan seorang permata yang menambah lagi seri hidup ini. “Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”