Select Page

2020 akan berakhir esok dan saya tidak menulis apa-apa kerana 2020 walaupun dimulai dengan percutian ke Kuala Lumpur tetapi pada 4 Januari 2020 bermula kisah sedih dalam keluarga saya di mana adik lelaki bongsu saya telah meninggal dunia dalam kebakaran rumah emak saya di Pagoh Jaya, Muar. Adik saya yang berusia 28 tahun walaupun berlainan bapa tapi kami rapat juga dan dia adalah seorang Orang Kurang Upaya sejak 2015 kerana kemalangan jalanraya. Sepanjang dia lumpuh, dia seorang yang berusaha berdikari dan dalam tidak saya sedar dia membanggakan kerana dia adalah seorang atlit OKU yang telah mendapat pelbagai anugerah negara. Adik saya juga bekerja sebagai operator Pizza Hut di Kuala Lumpur dan semasa kejadian dia sedang bercuti di kampung.

2020 sebelum Covid-19 serius melanda saya sempat bercuti ke Jakarta Bandung dan emak saya juga sempat menunaikan umrah yang telah dirancang sebelum adik meninggal dunia.

2020 juga seperti kita semua tahu adalah tahun yang semua orang terpaksa berkurung kerana Covid-19. Semua orang mengalami pelbagai masalah termasuk saya di mana suami saya kehilangan pekerjaan tetap. Alhamdulillah dia mempunyai sumber pendapatan lain walaupun sedikit terganggu.

2020 juga alhamdulillah saya mendapat cucu kedua bernama Mohammad Nadhif pada 28 Oktober 2020.

Semoga 2021 yang akan datang ini dapat memberikan sinar yang dapat menerangkan kembali kehidupan kita.