Select Page

20 Disember 2019 ~ Hari kedua di Bangkok. Seawal pukul 6.30 pagi waktu Bangkok kami bersarapan di cafe hotel yang menunya halal sebab hotel muslim. Selepas itu kami ke Lopburi untuk melihat bunga matahari berkembang yang hanya dibuka pada bulan November hingga Januari setiap tahun. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam melalui lebuhraya di Bangkok dan singgah di R&R untuk makan tengahari. Sampai di Lopburi masing-masing sibuk berselfie dengan keindahan bunga matahari yang merimbun dan luas terbentang. Kalau kat rumah sekuntum dua je itupun kecik-kecik kot..hihiii… belilah kuaci fresh yang gemuk gemuk puas untuk dimakan…

Dalam perjalanan balik pula, kami singgah ke Chocolate Ville yang meriah dengan pelbagai hiasan sambutan hari krismas dan seterusnya ke Asiatique untuk membeli belah. Di Asiatique ada Eye of Bangkok tapi tak sempat pula nak berputar atas tu… so shopping ala kadar je sebab masa terhad. Sebelum check in semula di hotel yang sama, kami dibawa makan makan di Restoran Sofia, restoran halal di sana.