Berbasikal ke Balai Cerap

Assalamualaikum.

Pada 25 Oktober yang lalu, saya bersama Kak Odah, En Syed dan En Isa telah berbasikal ke balai cerap. Saya dan Kak Odah menyewa basikal elektrik UTM. En Syed dan En Isa mengayuh basikal mereka. Kami bermula dari kedai sewa basikal di bangunan berhadapan Fakulti Alam Bina Ukur (FABU). Route kami adalah seperti berikut :

FABU – Dusun UTM – KDSE – KRP – Balai cerap – Stadium – FABU

Ni adalah pengalaman pertama saya mengayuh basikal ke Balai cerap. Bagi yang tidak pernah pergi ke Balai cerap, ia adalah tempat tertinggi di UTM, boleh lihat keseluruhan bangunan UTM dan boleh bergambar di situ. Ada bangunan di situ boleh guna untuk tengok anak bulan, gerhana, bintang dan sebagainya.

Bayangkan tempat paling tinggi di UTM. Mestilah naik bukit ye dak? Ok ni saya nak cerita apa yang telah terjadi. Masih ingat kan saya bagitahu yang saya dan Kak Odah menyewa basikal elektrik? Jangan buat-buat lupa pulak eh. Masa naik Balai cerap, bateri basikal kami tiba-tiba kong (habis). Ahhh sudah. Basikal terus jadi berat sebab naik bukit. Anda bayangkan betapa beratnya nak mengayuh pedal basikal tu. Nak bawa diri sendiri yang dah sedia berat ni lagi.

Saya cuba yang terbaik untuk mengayuh. Bila pijak pedal dah tak boleh kayuh, saya nangis kepenatan. Ok tipu je. Haha. Saya tolak basikal nya. Lebih kurang 200 meter sebelum sampai puncak. Saya tolak perlahan-lahan sambil bernafas dengan kencang. Memang semput beb. Tapi saya teruskan juga. Nasib baik tidak merangkak untuk sampai ke puncak.

Alhamdulillah kami berjaya tiba di puncak.

Kak Odah dan saya

Kak Odah, En Syed dan saya

En Syed, En Isa, Kak Odah dan saya

Excited dalam kepenatan

Masa turun bukit tak semput sebab tak payah kayuh. Siap layan rally lagi hahaha. Anda bayangkan perasaaan gembira saya hari tu. Macam kanak-kanak dapat coklat. Happy sangat. Lepas tu kami patah baik ke kedai sewa basikal untuk tukar basikal dan teruskan perjalanan ke stadium UTM. Kami sampai di kedai sewa basikal semula pada pukul 7:15 malam. Dah maghrib masa tu. Langit pun dah gelap. Nasib baik basikal En Syed ada lampu. Total route kami lebih kurang 18KM selama 2 jam.

Route

Memang pengalaman ini sangat bermakna dan menyeronokkan. Semoga saya dapat berbasikal lagi bersama mereka di masa akan datang. Oh lupa nak cakap. En Syed dan Kak Odah tu pasangan suami isteri. Saya harap saya dapat berbasikal dengan pasangan saya keliling UTM satu hari nanti. Insya Allah aamin.

This entry was posted in Experience and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *