Assalamualaikum.
Pada 28 oktober 2018 yang lalu, CICT telah mengadakan program Team Building CICT 2018 bertempat di Pusat Latihan UTM (PULAU). Kami berkumpul bermula 7:30 pagi dan selesai pada jam 1:00 petang. Program dimulakan dengan taklimat dan pembahagian kumpulan. Bagi acara outdoor, urusetia telah bahagikan kepada enam kumpulan.
Aktiviti pertama adalah senam robik berkumpulan. Kami diberi tugas untuk mempersembahkan senam robik mengikut susunan senaman yang telah diberikan. Urusetia akan memberikan markah mengikut keseragaman dan kerjasama dalam kumpulan. Markah akan dikira dan diumumkan pada akhir program.
Seterusnya adalah aktiviti Tutup Aib. Kami perlu memenuhkan air dalam dua batang paip yang panjang. Kami perlu menutup lubang-lubang pada paip tersebut. Memang basah lencun la buat aktiviti air ni tapi seronok sangat. Bila paip dah penuh, ketua kami yang paling basah lencun sebab tak sempat lari. Hahaha.
Seterusnya adalah aktiviti ala-ala radio rosak. Semua peserta dibekalkan dengan sehelai kertas. Perlu lukis dalam masa 15 saat. Memang haru la lukisannya hahaha. Team kami kena main dua kali. Untuk kali kedua, kami perlu tunjukkan gerak badan sebab game pertama kami meragukan urusetia. Siapa yang main tipu ni? Hahaha.
Aktiviti outdoor yang terakhir adalah mendulang bola. Dua orang peserta perlu memegang dulang. Bola diletakkan di atas dulang dan perlu pass pada kawan. Dari dulang ke dulang hingga ke garisan penamat. Memang fokus sebab tak nak jatuh sebab kalau bola jatuh dikira batal. Seronok sangat.
Aktiviti terakhir adalah Misi berdaulat. Kami diberikan kumpulan baru untuk aktiviti indoor. Game ni dimainkan dalam kumpulan. Perlu pilih satu barang berdaulat di dalam kotak dan tak boleh bercakap sepanjang game berlangsung. Kalau bercakap kena masuk penjara. Haha seronok betul game ni.
Di akhir game, hanya dua kumpulan berjaya mencukupkan enam barang berdaulat yang dipilih. Lagi empat kumpulan tidak berjaya kerana secara kebetulan memilih barang berdaulat yang sama. Dua kumpulan memilih kipas dan dua kumpulan memilih botol. Kumpulan 5 berjaya merangkul tempat ketiga bagi aktiviti outdoor.
Aktiviti Team building CICT diteruskan pada sebelah di Dewan Seminar CICT. Kami mendengar ceramah bertajuk Amanah dalam organisasi.
Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Terima kasih urusetia Bahagian Pembangunan Manusia, Pendaftar kerana menguruskan program dengan baik dan lancar. Tahniah kepada semua peserta kerana memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berjalan. Semoga kita semua dapat membaiki mutu kerja dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk UTM. Kami yang menjalankan amanah. Insya Allah aamin.