Assalamualaikum.
Tahniah saya ucapkan kepada para graduan yang bakal graduate minggu hadapan. Kebiasaannya setiap kali konvokesyen berlangsung, UTM meriah dengan pesta konvokesyen (FESKO). Pelbagai aktiviti yang ada sepanjang FESKO berlangsung seperti jualan, persembahan artis, sesi bual bicara, acara permainan, pertunjukan kereta, rumah hantu dan macam-macam lagi.
Pelbagai jualan yang ada di sini seperti baju kurung, baju melayu, jubah, tudung, beg, jam, kasut, produk kecantikan, cadar, telekung, blouse, skirt, dan macam-macam lagi. Boleh jumpa jodoh juga (eh?). Ada banyak gerai makanan juga dibuka. Memandangkan hari raya bakal menjelang tak lama lagi, memang masa yang tepat untuk shopping kelengkapan raya. Harga memang murah dan boleh runding.
Jadi, kepada anda di luar sana. Jangan lupa ajak keluarga dan saudara mara untuk memeriahkan lagi FESKO UTM dari 25 April 2018 hingga 2 Mei 2018. Save the date okay? See you there.
Bye.