Wellness Day 2018

Assalamualaikum

Inilah program yang saya tunggu-tunggu kerana sepanjang 365 hari dalam setahun, satu hari ni je lah hari yang saya boleh dapat harga diskaun beli produk UTM. Haha. Untuk makluman semua, UTM ada makmal penyelidikan dan mempunyai penyelidik yang mahir dalam menghasilkan pelbagai produk kami sendiri.

Antara produk yang sangat terkenal ialah kacip fatimah, tongkat ali, minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO), minyak rambut VCO, minyak urut (favorite saya), produk kecantikan dan macam-macam lagi. Produk ini selamat digunakan dan halal.

Pelbagai aktiviti yang berlangsung pada hari ni seperti ceramah kesihatan, perundingan nutrisi, promosi Bakawali Spa dan macam-macam lagi. Bagi 1000 pengunjung terawal akan mendapat kupon makanan percuma dan pelbagai juadah dijual di food truck berdekatan.

Promosi jualan produk Living Active kali ni buat promosi 50% off untuk pembelian produk yang ke dua. Harga bagi produk pertama adalah harga jualan asal. Kalau dikira, masih murah dan berbaloi.

Save the date okay? 30 April 2018 di IBD, UTM Skudai. Kalau nak jumpa Dr. Zubaidi dan yang lain-lain jemput lah datang. Hehe.

Bye.

This entry was posted in Events and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *