Kolam Renang UTM

Assalamualaikum.

Semenjak mengalami masalah sakit lutut, aktiviti sukan yang boleh saya lakukan adalah sangat terhad. Saya dinasihatkan untuk melakukan aktiviti sukan yang zero injury seperti berenang dan indoor cycling.

Jadi, saya telah membeli pakaian renang muslimah di Misclaire. Dah bertahun sebenarnya tidak berenang. Masa first time berenang di kolam renang UTM, memang tak cukup nafas la nak berenang dari hujung ke hujung. Tapi Alhamdulillah rentak berenang semakin elok pada sesi yang kedua.

Berikut adalah maklumat di kolam renang UTM :

Waktu operasi kolam renang UTM dan kadar bayaran

Maklumat aras di kolam renang

Peraturan umum penggunaan kolam renang UTM

Peraturan kolam renang, peraturan pemakaian dan bantuan kecemasan

Saya nak berkongsi dengan anda semua berkenaan kad pra bayar berenang (prepaid swim card) di kolam renang UTM. Kalau anda rajin berenang di sini boleh membeli kad ini kerana jimat sangat. Harga kad adalah seperti berikut :

Pelajar UTM – RM32
Staf UTM – RM64
Orang awam – RM85

Kad ini boleh digunakan untuk 10 kali masuk dan dapat 2 kali masuk percuma. Jumlah nya 12 kali masuk untuk harga di atas. Saya sebagai staf UTM perlu membayar RM64 untuk 12 kali masuk. Sekali masuk tu harga dalam RM5.30 sahaja. Kalau tak beli kad, harga sekali masuk adalah RM6/RM7 bergantung pada hari(boleh rujuk pada gambar kadar bayaran di atas)

Maklumat harga Prepaid Swim Card

Jimat kan? Jom la beli prepaid swim card kolam renang UTM sebelum kehabisan stok. Untuk mereka yang tertanya-tanya, kalau tengah berenang tiba-tiba prepaid habis macam mana nak tambah nilai? Anda perlu berenang-renang ke tepian dan topup menggunakan pakaian renang on the spot. Hahaha. Ok saya gurau je. Jangan lah marah. Semasa anda datang dan bayar di kaunter, staf yang bertugas akan tebuk lubang pada kad anda tu jadi tiada isu prepaid habis masa berenang pun. Haih tahap kelakar soalan anda tu dah boleh masuk Raja Lawak tahun hadapan tau. Kecil besar kecil besar je saya tengok anda. Jika dah habis guna 12 kali, beli lah prepaid swim card yang baru.

Contoh kad yang telah ditebuk lubang

p/s : swimming cap dan goggle wajib dipakai ye. Jika tiada boleh sewa dengan kadar RM1 untuk swimming cap dan RM2 untuk goggle.

Selamat berenang. Semoga bermanfaat untuk semua.

This entry was posted in Experience and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Kolam Renang UTM

  1. Mr. R says:

    Kalo topup kena berenang2 ke tepian….sape pulak yg kena berakit2 ke hulu nanti?
    tidakkah ianya menyusahkan para perenang nnti sebab ada rakit nk lalu?…

    Semua ini xpatut…..viral kan aje…..hahaaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *