Assalamualaikum.
Hai. Fesko UTM kali ni sangat meriah. Ramai sangat pengunjung yang datang berkunjung untuk membeli-belah pakaian raya memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Paling best sebab ni first time pesta thai join Fesko UTM ni.
Pelbagai juadah dari Thai yang dijual. Antaranya tomyam, somtam, aiskrim kelapa, aiskrim gulung, thai iced greentea, thai iced tea, air buah mangga, air buah naga, baby crab, churros, pulut mangga, daging bakar, char kuey tiaw, mieng kham, kerabu maggi dan bermacam-macam lagi. Fuhh memang syok gila ada banyak pilihan makanan yang dijual.
Semua makanannya sedap. Ni saya pergi masa lunch hour, petangnya saya datang lagi makan Kuey tiaw tomyam (sedap gila. Cari booth nama BB Tomyam) dan iced green tea. Memang puas hati lah.
Ok sekian sahaja perkongsian saya untuk entri kali ni. Jumpa lagi.