Temuduga Kenaikan Pangkat F32

Assalamualaikum.

Pada 16 Januari 2019, saya telah menghadiri temuduga bagi kenaikan pangkat Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F32) di Pejabat Pendaftar UTM. Seramai 7 orang staf F29 ditemuduga.

Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada Hafiz kerana berjaya dalam temuduga ini. Bagi yang tak berjaya tu jangan bersedih. La Tahzan. Kita teruskan khidmat dan bakti kepada UTM tercinta.

Ini adalah temuduga kenaikan pangkat kedua yang aku hadiri. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua. Aamin.

Menunggu untuk ditemuduga

Dari kiri : Amir, Hafiz, Shafika, Jannah, Shah, Rahman, Azizi

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Comments Off on Temuduga Kenaikan Pangkat F32

Majlis Tamat Latihan Industri dan Sambutan Kelahiran Staf

Pada 10 Januari 2019 yang lepas, team ADM telah mengadakan majlis jamuan sempena tamat latihan industri dan sambutan kelahiran staf.

En. Raziman dan Halimi

En. Rahman dan Sakinah

Naufal dan Pn. Zuraida

Birthday cake

Birthday babies

Posted in Birthday | Tagged , | Comments Off on Majlis Tamat Latihan Industri dan Sambutan Kelahiran Staf

Aktiviti berbasikal

Hari ni saya berbasikal bersama Hamizah. Kami gembira dapat berbasikal sambil menghirup udara segar. Tapi saya tak jumpa jodoh. Mungkin saya kayuh basikal laju sangat. Eh?

Posted in Uncategorized | Comments Off on Aktiviti berbasikal

Tasik UTM

Lokasi : Tasik UTM Skudai
Tarikh : 4 Januari 2019
Masa : 9:57 pagi
Kamera : iPhone 6 Plus

Posted in Uncategorized | Comments Off on Tasik UTM

Sewa basikal di UTM Skudai

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak berkongsi tentang kedai basikal yang ada di UTM Skudai. Jika anda berminat nak sewa atau beli basikal, boleh datang ke Campus Bike Station di Student Mall berdekatan Fakulti Alam Bina & Ukur. Sewa basikal serendah RM3 sejam. Jika nak booking basikal boleh hubungi pemilik kedai iaitu En. Anisham di talian 011-11949817.

Campus Bike Station UTM

Peta lokasi sekitar UTM

Antara basikal yang boleh disewa adalah seperti basikal elektrik, mountain bike dan lain-lain

Selamat berbasikal.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Comments Off on Sewa basikal di UTM Skudai

Happy birthday En Azmi

Selamat hari lahir En. Azmi. Semoga beroleh usia yang berkat, rezeki yang luas dan kesihatan yang baik. Aamin. Ada rezeki kita kumpul sama-sama lagi. I miss this group so much.

Tukang kasi suprise

Birthday boy

Team eCS

Posted in Birthday | Tagged | Comments Off on Happy birthday En Azmi

Kolam Renang UTM

Assalamualaikum.

Semenjak mengalami masalah sakit lutut, aktiviti sukan yang boleh saya lakukan adalah sangat terhad. Saya dinasihatkan untuk melakukan aktiviti sukan yang zero injury seperti berenang dan indoor cycling.

Jadi, saya telah membeli pakaian renang muslimah di Misclaire. Dah bertahun sebenarnya tidak berenang. Masa first time berenang di kolam renang UTM, memang tak cukup nafas la nak berenang dari hujung ke hujung. Tapi Alhamdulillah rentak berenang semakin elok pada sesi yang kedua.

Berikut adalah maklumat di kolam renang UTM :

Waktu operasi kolam renang UTM dan kadar bayaran

Maklumat aras di kolam renang

Peraturan umum penggunaan kolam renang UTM

Peraturan kolam renang, peraturan pemakaian dan bantuan kecemasan

Saya nak berkongsi dengan anda semua berkenaan kad pra bayar berenang (prepaid swim card) di kolam renang UTM. Kalau anda rajin berenang di sini boleh membeli kad ini kerana jimat sangat. Harga kad adalah seperti berikut :

Pelajar UTM – RM32
Staf UTM – RM64
Orang awam – RM85

Kad ini boleh digunakan untuk 10 kali masuk dan dapat 2 kali masuk percuma. Jumlah nya 12 kali masuk untuk harga di atas. Saya sebagai staf UTM perlu membayar RM64 untuk 12 kali masuk. Sekali masuk tu harga dalam RM5.30 sahaja. Kalau tak beli kad, harga sekali masuk adalah RM6/RM7 bergantung pada hari(boleh rujuk pada gambar kadar bayaran di atas)

Maklumat harga Prepaid Swim Card

Jimat kan? Jom la beli prepaid swim card kolam renang UTM sebelum kehabisan stok. Untuk mereka yang tertanya-tanya, kalau tengah berenang tiba-tiba prepaid habis macam mana nak tambah nilai? Anda perlu berenang-renang ke tepian dan topup menggunakan pakaian renang on the spot. Hahaha. Ok saya gurau je. Jangan lah marah. Semasa anda datang dan bayar di kaunter, staf yang bertugas akan tebuk lubang pada kad anda tu jadi tiada isu prepaid habis masa berenang pun. Haih tahap kelakar soalan anda tu dah boleh masuk Raja Lawak tahun hadapan tau. Kecil besar kecil besar je saya tengok anda. Jika dah habis guna 12 kali, beli lah prepaid swim card yang baru.

Contoh kad yang telah ditebuk lubang

p/s : swimming cap dan goggle wajib dipakai ye. Jika tiada boleh sewa dengan kadar RM1 untuk swimming cap dan RM2 untuk goggle.

Selamat berenang. Semoga bermanfaat untuk semua.

Posted in Experience | Tagged , , , | 1 Comment

Happy birthday To Me

Alhamdulillah genap usia saya 31 tahun pada 12 Disember yang lalu. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan Pengurusan Pembangunan Aplikasi (ADM) CICT kerana menyambut hari lahir saya dan Zaki (11 Disember). Terharu sangat dan bersyukur kepada Allah dikurniakan orang yang baik di sekeliling saya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Semoga setiap kebaikan yang kalian lakukan Allah balas dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.

Terima kasih Kak Aisyah Lamin kerana telah bertungkus-lumus rancang majlis ni, beli kek dan belon sehari sebelumnya. Siap buat pot luck bagai. Terima kasih Kak Suzana buatkan lava cake untuk saya. Saya sayang anda semua kerana Allah Ta’ala.

Posted in Experience | Tagged , , , | Comments Off on Happy birthday To Me

Fisioterapi

Assalamualaikum.

Saya mengalami masalah sakit lutut sejak 2014. Masa tu saya baru pulang bercuti di Sabah. Lutut sakit sangat sakit bila saya bengkokkan (bend) kaki. Saya pernah ke Pusat Kesihatan UTM(PKU) pada tahun 2014. Doktor hanya memberikan ubat glukosamine dan menyuruh saya menurunkan berat badan dan selepas itu saya tidak pernah berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

Waktu dan tahun berlalu. Lutut sakit masih sakit hingga kini. Saya ke PKU lagi kerana waktu itu saya mengalami kesukaran bernafas kerana ada benjolan di leher. Saya takut jika ada apa-apa sakit serius memandangkan ramai rakan pejabat saya mengalami pelbagai masalah kesihatan. Doktor memaklumkan benjolan itu hanyalah jangkitan kuman kerana saya mengalami batuk selesema lebih seminggu dan tidak diberikan ubat antibiotik semasa berjumpa doktor sebelum ini (saya ke klinik panel masa tu).

Alhamdulillah lega sangat bila doktor kata infection kuman sahaja. Dah lah susah nafas macam orang semput. Saya pun ambil kesempatan untuk minta doktor periksa lutut saya yang semakin sakit. Bila doktor minta saya bengkok kan kaki, ada bunyi macam keropok di kedua-dua lutut saya. Tulang bergesel. Saya minta untuk rawatan fisioterapi dan doktor setuju.

Alhamdulillah saya telah menjalani 5 kali rawatan fisioterapi dan kini lutut saya semakin sembuh. Sepanjang sesi fisioterapi dijalankan, warm pad diletakkan di kedua-dua lutut saya selama 15 minit dan ada satu lagi alat yang ditampal di keliling kepala lutut dan ia akan bergegar (vibrate) selama 15 minit juga. Biasanya vibration pada lutut saya boleh sampai skala 20.Tujuan rawatan ini untuk relax kan muscle. Saya juga diminta untuk buat indoor cycling selama 15 minit.

Terima kasih kepada Aida dan Baharuddin atas bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menjalankan fisioterapi di PKU.

Saya ingin kongsikan tips yang diberikan oleh ahli fisio untuk anda yang mengalami masalah sakit lutut :

  1. Pakai knee guard
  2. Buat senaman khas buat yang mengalami masalah sakit lutut
  3. Turunkan berat badan perlahan-lahan

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh anda yang ada masalah sakit lutut :

  1. Berenang
  2. Indoor cycling
  3. Brisk walk (sila pakai knee guard)

Berenang dan indoor cycling amat digalakkan kerana ia adalah aktiviti yang bebas kecederaan (zero injury) dan selamat. Berbasikal di luar juga kurang digalakkan kerana khuatir jika jatuh atau kemalangan boleh menyebabkan masalah sakit lutut bertambah serius.

Semoga bermanfaat.

Posted in Experience | Tagged , , , , , | Comments Off on Fisioterapi

Baju Korporat UTM

Cantik sangat warna baju korporat UTM yang baru. Baju korporat UTM sebelum ni berwarna putih.

Dato’ NC bersama TNC merasmikan baju korporat UTM

Tempahan baju korporat UTM sudah mula dibuka pada November 2018

Saiz

Harga

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Comments Off on Baju Korporat UTM