SIRI KEJOHANAN BADMINTON ISERENE 2024

Siri kejohnan badminton anjuran iSEReNE2024 yang diadakan di kompleks sukan UTM pada 22 Februari 2024. Seramai 60 orang peserta yang terlibat dalam pertandingan antara institute-institute.

Latihan badminton telah dijalankan sebulan sebelum pertandingan yang sebenar. Program ini telah diadakan 1 hari. Peserta, persorak, panel juri dan ajk telah menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KEJOHANAN TERBUKA BOWLING WANITA WANGI UTM 2024

Satu program kejohanan terbuka bowling wanita anjuran WANGI UTM telah diadakan di Lite Superbowl, Pelangi Leisure pada 16 Februari 2024. Seramai 40 orang peserta yang terlibat dibahagi kepada 10 kumpulan.

Tujuan sukan santai ini diadakan bagi merapatkan silaturrahim sesama staf dan semangat kesukananan. Selain dari mewakili sukan USG, anjuran persatuan atau kelab juga sangat bagus untuk belajar teknik cara-cara bermain lontar bola bowling ke tenpin, memilih bola bowling yang bersesuaian dengan berat badan dan menilai aspek kerjasama dalam pasukan bagi mengumpul mata yang tertinggi.

Program ini bermula jam 10.30 pagi dan selesai pada 1.30 tengah hari.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN & PERALATAN PELINDUNG DIRI (PPE)

Pada 28 Julai 2024 (Ahad) satu program yang dianjurkan oleh i-SEReNe Konsortium Institut Penyelidikan UTM, yang diadakan di Bangunan N31, Ibnu Sina Institute For Scientific & Research (ISI-SIR) telah berjalan dengan lancar. Tujuan untuk membuat latihan kebakaran dan mengetahui cara-cara untuk mengatasi masalah persekitaran termasuk membantu mangsa yang cedera.

Balai bomba Taman Universiti dan juga ambulan Pusat Kesihatan UTM telah hadir bagi menjayakan program ini untuk menggambarkan suasana kebakaran yang sebenar. Setiap penghuni staf di dalam bangunan perlu ada SOP dan laluan pintu kecemasan, mengenal pasti fire distinguisher dan helmet kecemasan ERT bagi AJK (sijil CPR). Staf diberi peluang untuk mencuba memadam api dengan pemadam api karbon dan mencuba host air untuk memadam api.

Program ini bermula jam 8.30 pagi dan selesai 12.30 tengah hari. Satu program yang patut diadakan pada setiap tahun.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

FAMILY DAY

Pada 3-5 November 2023, perancangan hari keluarga ke Genting Highland sempena menyambut hari lahir ayah pada 4 November 2023. Syukur Alhamdulillah dapat berkumpul semua ahli keluarga dan aktiviti berjalan dengan lancar.

Ini kali pertama membawa suami dan anak ke Genting. Di Genting Highland, kami melawat Strawberry Farm, Genting Skytropolis Indoor Theme Park, Genting Premium Outlet, Genting Campsites, Awana Skyway Genting cable car dan macam-macam lagi tempat menarik boleh dikunjungi. Penginapan keluarga di Apartment Wind Mill, sesuai untuk keluarga yang besar.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hello world!

Welcome to People@UTM. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment