Category Archives: Uncategorized

Program Hari Bersama Pelanggan Pejabat TNCPI.

Telah berlangsung pada 21 jun 2023 tahniah kepada pihak urusetia dan terima kasih kepada jemputan yang memeriahkan majlis!.program ini turut dihadiri oleh pelajar sekolah rendah padang tembak dan sekolah menengah

This image has an empty alt attribute; its file name is 353394486_6645085898856050_2955867363142576476_n.jpg

Alhamdulillah lima orang Team Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) yang telah berjaya menghasilkan produk kamera 360 yang telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh Pro Naib-Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur)

Boleh intai2 di fb TNCPI link ada kat bawah yer …

https://www.facebook.com/utmkl.dvcri?__cft__[0]=AZV2AGJ8IefUUfe8fTH9-h5B0rvLI07zv3Gm_aI5dw4IAxNz6CnBKDIcDDv4TJCIEYcXbgzoE_IRVo_t3U2QrEji3aG6ZOKYh_10eVYHhg24aiiVJh7hw7RLhVLHDMwO2Wuo_qIxRooVXwUmiu49ZA6ayOc3elMx6TahPmSAy3kCCdP0fkoDqlrSLbNOPKzi1Kk&__tn__=-UC%2CP-R

AJK Persiapan pentas 360

Noor hayati bt Abdullah,Nooraniza bt Ghazali,shamrie bin jamaludin,Amirul hail bin ishak, Ts ikhwan shahid bin ibrahim

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU HIDROPONIK DI SMK TUNKU PUTRA LANGKAWI

Satu program pemindahan ilmu penanaman hidroponik telah dilaksanakan dengan jayanya di SMK Tunku Putra, Langkawi, Kedah. Aktiviti pemantauan merangkumi sesi kaji selidik impak bersama guru dan pelajar sekolah dilakukan bersama pengurusan sekolah dijayakan oleh staf PPMU.

Objektif pelaksanaan program adalah untuk mewujudkan kelestarian program pemindahan ilmu di kalangan komuniti sekolah dan hubungan kerjasama yang baik antara pihak UTM dan sekolah bertarikh 28 november 2022 sehingga 1 disember.

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada warga SMK Tunku Putra dalam bidang STEM. Tahniah!👍

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU STEM ANJURAN PUSAT PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI DI SK PADANG TEMBAK 2

Satu Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Program-KTP) telah diadakan di Sekolah Kebangsaaan Padang Tembak 2, Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Makmal Universiti bersama dengan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri UTM KL.

Program bertajuk ‘Build A Bridge Using Plastic Straw’ ini telah disertai oleh 120 orang murid darjah 3,4,5 dan 6 dengan diselaras oleh seramai 22 orang fasilitator yang terdiri daripada jurutera, pegawai sains dan pegawai latihan vokasional PPMU. Program ini bertujuan memupuk minat murid ke arah pembelajaran Sains, Matematik, dan Kejuruteraan yang dilihat penting dalam keperluan masa kini.

Program berlangsung dengan sesi taklimat mengenai asas struktur dan rekabentuk jambatan, disusuli dengan aktiviti membina model jambatan secara berkumpulan, dan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang kategori struktur jambatan paling kukuh dan kategori estetika rekabentuk jambatan.

Program bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang bertarikh 31 julai 2023. Sekalung tahniah kepada para fasilitator, peserta, dan guru yang terlibat. Semoga program memberi manfaat dan impak terhadap pemerkasaan STEM di kalangan murid sekolah.🤩