Hometown

sungai besar adalah dalam daerah sabak Bernam,penuh dengan keindahan alam semulajadi yg amat menarik .Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat bandar daerah Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 kilometer dari utara Kuala Lumpur. Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 dan 43% adalah dalam lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya, 73% terdiri dari melayu,Cina (23%) dan india(3.5%).

Majoriti penduduk Sungai Besar terdiri daripada kaum tani pengusaha industri kecil dan sederhana dan nelayan. Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain berkebun kelapa , kelapa sawit serta menangkap ikan dan perusahaan kerepek. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis Daerah terletak di pekan Sungai Besar.

Kini Sungai Besar semakin pesat membangun dari segi fizikal. Pekan Sungai Besar semakin berkembang menunjukkan kepesatan ekonomi para penduduknya. Sungai Besar merupakan salah satu dari 9 kawasan yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan perumahan, industri kecil dan sederhana, institusi-institusi pendidikan dan pertanian serta akuakultur.

pemandangan sawah padi

Suasana depan rumah

Mandi parit

Musim tengkujuh selalunya air sawah dan parit akan penuh air inilah masa yang paling disukai oleh anak-anak ,Suasana kampung amat2 mendamaikan,Banyak aktiviti anak cucu kali nie,sesekali pulang ke kampung mesti tak melepaskan peluang depan mata?,jom berkubang (mandi parit)

Belut ohh belut

Ada peminat ikan belut tak? Mungkin ramai yang tidak sanggup makan ikan belut nie sbb bentuk seakan ular tp dia adalah ikan hahaha,bila dah habis musim menuai masing-masing semangat untuk turut memancing belut,di sungai besar banyak kedai makan yang menyediakan menu belut.apalagi jom lah mencuba?

  • 1 ekor belut dibersihkan.
  • 600 ml air.

Bahan Dikisar Halus :10 ulas bawang merah.5 cm halia.3 ulas bawang putih.

Bahan-bahan Lain :
2 tangkai daun bawang .2 sudu makan minyak masak.1 bungkus sup bunjut.garam dan lada sulah secukup rasa.

Cara Memasak Panaskan periuk masukkan minyak dan tumiskan bahan dikisar sehingga kekuning-kuningan. Masukkan air bersama-sama dengan sup bunjut dan belut.Biarkan mendidih menggunakan api sederhana. Masukkan garam,lada sulah,daun sup dan daun bawang.

sambung cari belut berjemaah ?

Viral Selangor

kalau lalu di sungai besar jangan lupa singgah di laman tebu Aidil, dapat menikmati pemandangan yg mendamaikan pokok pokok tebu dan berdepan dengan sawah padi yang menghijau dan mengisi perut dengan makanan yg sedap,dan semestinya menu air tebu menjadi pilihan bagi menghilangkan dahaga

Sekinchan coconut farm kedai dalam kebun kelapa,antara tempat yang menjadi pilihan orang-orang luar daripada Selangor, perjalanan daripada kuala lumpur hanya ambil masa satu jam sahaja..menjadi tumpuan orang ramai.lagi-lagi hari minggu.Ingatkan dekat Thailand?..Dah puas pusing2 Sekinchan tu masuk musim panas macam nie memang syok la kan lepak2 sambil minum air kelapa fresh dari ladang nie..?

jom hilangkan dahaga

Piknik

Benda wajib bila sampai kampung,kami akan rancang pelbagai aktiviti kali nie adalah piknik tepi rumah yang tak perlu mengeluarkan modal yang banyak hehehehe,hanya kutip hasil tepi rumah janji perut kenyang anak cucu happy

kali nie giliran laika kena masak untuk nekcu

Taraaaa…kek masam manis untuk team piknik