KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)

UTM PRIMA

Nama Projek: Penghasilan Habuk Yang Banyak di Bengkel Rekabentuk Industri

Abstrak

Inno-Dust Trap atau IDT merupakan suatu inovasi dan penambahbaikan ciptaan UTM PRIMA terhadap sistem penyedut habuk sedia ada di Bengkel Rekabentuk Industri, UPMU UTM Kuala Lumpur. Sistem penyedut habuk sedia ada tidak menyedut habuk secara keseluruhan ketika kerja pemotongan kayu dijalankan menyebabkan habuk bertebaran dan berterbangan di persekitaran. Oleh itu, IDT dihasilkan bagi membendung masalah penghasilan habuk kayu yang banyak dan bertebaran di sekitar ruang kerja dan makmal semasa proses pemotongan kayu dijalankan. IDT bukan sahaja menyedut habuk yang dihasilkan, malah ia juga mampu memerangkap habuk yang terhasil daripada bertebaran dan berterbangan ke sekitar makmal.

PENYERTAAN PERTAMA Konvensyen Inovatif, Efisien Dan Produktif (KIEP) UTM Kali Ke-2 UTM Johor Bahru – 3-5 Oktober 2016 Anugerah Perak dan Pemenang Kategori Persembahan Terbaik.PENYERTAAN KEDUA Konvensyen Mini Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah 2017 Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam – 28 Mac 2017 Anugerah Emas

PENYERTAAN KETIGA Konvensyen Team Excellence Wilayah Tengah 2017 Putrajaya International Convention Centre (PICC) – 25 Julai 2017 Anugerah Emas .PENYERTAAN KEMPAT Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke-13 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) – 1-3 Ogos 2017 Anugerah Emas dan Tempat Ke-3 Kategori Teknikal

KELIMA Konvensyen Kebangsaan Team Excellence Genting International Convention Centre (GICC) – 14-16 November 2017 dan Anugerah Emas Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Projek (Inno Dust Trap) 2017