Anugerah khidmat cemerlang adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang staf bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan staf berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada orang lain untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 dan 2013 Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia Johor Baharu
Anugerah MASTI
Agenda ini bertujuan untuk memotivasikan setiap staf untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.Program ini juga penting dalam menggalakkan melahirkan staf yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam merealisasikan matlamat dan harapan jabatan Timbalan Naib Canselor dan Inovasi utm Kuala Lumpur.Terdapat beberapa anugerah yang disampaikan dalam Malam Aspirasi Kecemerlangan iaitu Anugerah kehadiran penuh, Anugerah Kecemerlangan , Anugerah Program Berimpak Tinggi, Anugerah Graduan Cemerlang, dan Anugerah mata CPD tertinggi.Setiap anugerah merupakan anugerah dipilih berdasarkan potensi setiap staf di pejabat TNCPI.
Majlis Apresiasi Pejabat TNCPI UTMKL 2018
Family TNCPI 2018
Malam Aspirasi TNCPI 2018 (MaSTI) UTMKL bertemakan Movie Character bertempat di (KDE)KELAB DARUL EHSAN
Majlis Apresiasi Pejabat TNCPI UTMKL 2019
Family TNCPI 2019
Malam Aspirasi TNCPI 2019 (MaSTI) UTMKL bertemakan Bangsawan Klasik bertempat di Hotel Flamingo.
Majlis Apresiasi Pejabat TNCPI UTMKL 2021
Family TNCPI 2021
Majlis hanya diatas talian kerana covid,Dilantik sebagai ajk bagi melaksanakan masti 2021 bertemakan”MASQUERADE-VIRTUAL THEME MASTI”
Majlis Apresiasi Pejabat TNCPI UTMKL 2022
Family TNCPI 2022
Malam Aspirasi TNCPI 2022 (MaSTI) UTMKL bertemakan Musical Night bertempat di Hotel Maya.