Prof. Dr. Mohd Shahrizal Sunar
Pengarah Institut
Institute of Human Centered Engineering (iHumEn),
Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru
En. Azizul
SEJARAH PENGKOMPUTERAN DAN SISTEM KOMPUTER
Catatan pertama penggunaan computer perkataan bahasa Inggeris yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu, pertama kali dicatat pada tahun 1613 merujuk kepada orang yang melakukan pengiraan hitungan jarak atau “komputasi” (computation) bintang-bintang yang diperhatikan di angkasa dari sejak Zaman Pembaharuan; takrifan ini berterusan hingga ke pertengahan abad ke-20. Sejak akhir abad ke-19, kata itu mula membentuk maksud yang lebih jelas, iaitu merujuk kepada mesin yang melakukan komputasi
Definisi
Takrif asal “komputer”, seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira satu fungsi atau berbilang fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira komputer moden, salah satu ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan perisian-perisian yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh pemuatan storan, ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh digunakan sebagai ujian untuk membezakan komputer “serba-guna” dengan komputer awal yang hanya khusus untuk tugas tertentu. Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran.
rujukan:https://ms.wikipedia.org/wiki/Komputer#Sejarah_pengkomputeran