#2. Kira bajet
Apabila anda ingin membeli mana-mana hartanah tidak kira rumah lelong ataupun melalui subsale. Mesti kira berapa modal tunai yang ada dalam tangan. Untuk rumah lelong, anda tidak boleh lari membayar duit muka sebanyak 10% daripada harga rumah yang anda telah menang melalui lelongan tersebut.
Ambil kira kos-kos lain yang terlibat antaranya seperti berikut:-
a. duit muka 10%
b. yuran guaman – perjanjian pinjaman & MOT
c. laporan penilai
d. kos baik pulih
Disebabkan ada bermacam-macam harga dalam senarai rumah lelong ini, ada yang bawah RM100k, ada yang atas RM200k, dan ada juga yang atas RM500k, maka, pilihlah jenis rumah yang bersesuaian dengan tunai yang ada dalam tangan.
Kos baik pulih agak subjektif kerana kos-kos tersebut bergantung kepada keadaan rumah lelong itu. Ada yang perlu dicat semula, ada yang perlukan pendawaian elektrik dibuat semula dan ada juga yang cuma basuh sahaja tanpa kos baik pulih.