#4. Lawatan tapak (site visit)
Perlu diingatkan bahawa rumah lelong adalah dijual secara ”AS IS BASIS”. Bagaimana keadaan fizikal rumah tersebut, begitulah yang anda akan dapat.
Sebarang kerosakan pada rumah tersebut perlu ditanggung oleh pihak pembeli. Anda tidak boleh membuat tuntutan kos membaik pulih rumah itu kepada pihak bank, pelelong atau pun pada pemilik lama rumah tersebut. Ada juga unit-unit projek yang terbengkalai yang akan dilelong oleh pihak bank.
Bayangkan sekiranya anda terbeli unit-unit tersebut sekiranya tidak buat lawatan tapak terlebih dahulu. Ada rumah lelong yang rosak teruk, ada yang masih elok dan ada yang masih lagi diduduki oleh pemilik asal rumah tersebut.
Cari rumah lelong yang anda senang untuk uruskan iaitu unit-unit rumah lelong yang kosong kerana ianya tidak melibatkan anda berurusan dengan pemilik lama. Menjadi tanggungjawab pihak pembeli untuk mengeluarkan penghuni rumah lelong yang dimenangi sekiranya masih ada lagi orang duduk selepas anda menang lelongan tersebut.