Jaga emosi diri

#5. Jaga emosi diri
Apabila berada dalam bilik lelongan, pastinya akan ada perasaan teruja untuk memenangi rumah yang telah didaftarkan. Dengan perasaan yang membuak-buak, ada kemungkinan anda akan hilang kawalan emosi dalam membida rumah tersebut. Dicampur pula dengan pujuk rayu dari kawan-kawan atau sedara mara yang bersama anda, pastinya akan menaikkan lagi ego anda untuk lawan dan terus lawan.

Banyak kes berlaku di mana apabila ramai pembida lain yang mendaftar untuk satu-satu unit rumah lelong, harga yang terjual dalam dewan lelongan akan melebihi harga pasaran. Masing-masing beremosi untuk menang pada hari lelongan tersebut.

Pastikan ada sudah buat kira-kira dan tetapkan had bidaan untuk rumah tersebut. Kalah dalam bilik lelongan adalah perkara biasa. Tidak perlu rasa malu atau pun terkilan kerana banyak lagi rumah lain yang akan dilelong. Paling penting adalah untuk anda menang pada harga yang menarik dan berbaloi, iaitu, di bawah harga pasaran.