::Research Grants::

Tajuk: UTM KTP-NMG 2019: GeoPUSARA: INTEGRASI TEKNOLOGI GIS DAN APLIKASI MUDAH ALIH (MOBILE APPS)BAGI PENGURUSAN KUBUR BERSISTEMATIK

Peranan: Ketua Projek

Latar Belakang Projek

Di negeri Johor sahaja terdapat sejumlah 325 tanah perkuburan Islam. Antara isu tanah perkuburan Islam adalah kesukaran mencari lokasi plot-plot kubur. Hanya waris terdekat yang mengetahui lokasi plot kubur dapat mengenal pasti kedudukannya berdasarkan mercu tanda atas tanah seperti di bawah pokok, di tepi pondok dan lain-lain. Sekiranya mercu tanda ini hilang, tentunya proses mengenal pasti plot kubur agak susah dan mengelirukan. Ini disebabkan oleh tiadanya satu sistem simpanan data yang boleh memetakan plot-plot kubur dan seterusnya dijadikan panduan.

Semakan dan penandaan arah qiblat juga akan dijalankan bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang selisih arah qiblat di Tanah perkuburan Islam Kangkar Pulai. Kemudian, satu monumen sebagai tanda arah qiblat juga akan dibina di kawasan perkuburan.

Seterusnya, plot-plot kubur di Tanah Perkuburan Islam, Kangkar Pulai akan dipetakan dengan menggunakan aplikasi GIS (Sistem Maklumat Geografi). Teknik pemetaan melalui udara menggunakan droneakan mempercepatkan proses pengumpulan data imej plot-plot kubur. Di atas tanah pula, alat GPS (Sistem Penentududukan Sejagat) akan digunakan bagi merekodkan dengan tepat koordinat plot-plot kubur. Maklumat setiap plot kubur seperti nama, tarikh kematian, tarikh lahir dan nombor kad pengenalan turut direkodkan. Pangkalan data yang telah siap dibangunkan ini seterusnya diintegrasikan dengan paparan Google Maps. Sistem GeoPUSARA ini seteruskan akan dikongsikan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk digunakan bagi tujuan pengurusan kawasan perkuburan dengan lebih bersistematik. Selain itu, applikasi ini turut memberi manfaat kepada pihak PLANMalaysia, kerana pangkalan data plot-plot kubur ini bakal melengkapkan pengkalan data lokasi tanah perkuburan sedia ada dengan maklumat yang lebih lengkap.

Kemudian, dengan menggunakan pangkalan data GeoPUSARA ini, aplikasi mudah alih GeoPUSARA akan dibangunkan  dengan tambahan fungsi navigasi pencarian plot-plot kubur. Pihak yang menguruskan tanah perkuburan seperti penggali kubur, imam masjid atau penjaga tanah kubur diberikan akses login kepada GeoPUSARA bagi mengemaskini maklumat koordinat, nama, tarikh kematian, tarikh lahir dan nombor kad pengenalan si mati yang baru dikuburkan. Mereka ini semua akan diberikan taklimat khusus berkaitan penggunaan aplikasi GeoPUSARA. Dengan adanya aplikasi mudah alih GeoPUSARA ini juga, pihak pengurusan perkuburan Islam Kangkar Pulai dapat mengenal pasti kawasan yang telah penuh dengan plot kubur, serta kawasan yang masih kosong, dan menganggarkan bilangan plot yang boleh dimuatkan. Aplikasi mudah alih ini turut boleh dimuat turun oleh seluruh qariah Kangkar Pulai atau mana-mana pihak yang memerlukan dengan percuma.

Impak kepada Industri

Projek jangka pendek ini mendapat maklumbalas yang positif daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor. Ini adalah satu inisiatif membantu pihak MAINJ dalam menyediakan pangkalan data kubur disamping memindahkan kepakaran teknologi dan ilmu kepada pihak MAINJ melalui pembinaan Portal GeoPUSARA. Dengan adanya pangkalan data yang tersusun, ini dapat membantu pihak MAINJ untuk memantau, membuat perancangan dan keputusan yang tepat dan pantas dalam hal-ehwal berkaitan pengurusan tanah kubur.

Disamping itu, projek ini juga dapat memberi maafaat kepada pihak PLANMalaysia terutamanya dalam aspek pengemaskinian data kawasan perkuburan terutamanya plot-plot kubur yang sememangnya masih belum dibangunkan oleh pihak PLANMalaysia. Pangkalan data ini lebih terperinci dan akan menjadi suatu nilai tambah kepada pihak PLANMalaysia bagi merancang guna tanah dengan lebih berkesan.

Impak kepada Komuniti

Aplikasi mudah alih GeoPUSARA adalah yang pertama di Johor dan Malaysia terutamanya dalam aspek membantu pengurusan tanah perkuburan Islam dengan lebih bersistematik. Penduduk Kangkar Pulai terutamanya yang beragama Islam akan menerima manfaat secara langsung dengan GeoPUSARA. Ia memudahkan pencarian plot-plot kubur tanpa perlu berpandukan mercu tanda atas tanah atau panduan daripada waris si mati. Ini menjadikan tanah perkuburan Kangkar Pulai lebih mesra untuk dikunjungi. Pihak qariah masjid dan bahagian yang menguruskan kematian turut menyumbang kepada pengemaskinian data plot kubur sekiranya terdapat jenazah baru yang ditanam. Ini merupakan satu pemindahan teknologi dan ilmu yang baik kepada komuniti dimana penglibatan pihak komuniti dalam menyumbang kepada perkongsian maklumat dalam pengurusan tanah perkuburan.

Justeru, aplikasi GeoPUSARA ini berpotensi tinggi untuk dikembangkan bukan hanya di seluruh negeri Johor, malah negeri-negeri lain di Malaysia. Pemindahan ilmu dan teknologi akan melibatkan komuniti dan sasaran yang lebih luas lagi. Projek kecil ini adalah satu langkah besar bagi menjadikan tanah perkuburan Islam lebih mesra pengguna dengan pengurusan yang lebih bersistematik.

 

Tajuk: UTM-TRG 5.0:PELAN INDUK PEMBANGUNAN EDU-PELANCONGAN KAMPUS UTM

Peranan: Ahli

Ketua Projek: TPR DR. NORHAZLIZA BT. ABD. HALIM

Latar Belakang Projek

Pelan Induk Pembangunan Edu-Pelancongan kampus UTM, 2020-2025 adalah bertujuan untuk penyediaan dua projek utama iaitu 1) cadangan pembangunan fizikal dan pengurusan aset edu- pelancongan kampus bagi tempoh lima (5) tahun serta 2) menambah nilai pengalaman pelancong edu melalui pembangunan aplikasi mobile apps yang bersesuaian dengan tren aktiviti edu- pelancongan kampus masa kini. Keperluan kajian ini adalah bersesuaian dengan misi UTM untuk menjadi peneraju dalam teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah Negara. Tiga (3) teras strategi UTM saling berkaitan dalam penyediaan pelan induk ini iaitu 1) menyediakan sumbangan dalam penyelidikan dan inovasi, 2) meningkatkan pandangan global kearah universiti bereputasi antarabangsa, dan 3) menyumbang perkhidmatan kepada masyarakat menerusi program outreach. Program ini dibentuk dengan kerjasama antara stakeholder utama iaitu unit kampus edu- pelancongan UTM dan kumpulan penyelidikan Tourism Planning Research Group (TPRG) serta beberapa unit lain di dalam UTM antaranya unit Sustainablity Campus. Selain daripada faedah secara lansung kepada unit-unit terlibat, faedah persefahaman juga melibatkan beberapa PTJ dalam kampus yang lain, persatuan pelajar berkaitan serta agensi-agensi pelancongan yang berkaitan. Dua hasil akhir daripada penyediaan Pelan Induk edu-pelancongan UTM adalah iaitu pertama, merupakan satu dokumen perancangan pembangunan fizikal dan pengurusan yang holistik, bersepadu, komprehensif dan menyeluruh dimana akan manjadi road map kepada unit kampus edu-pelancongan UTM serta unit-unit lain berkaitan dalam penaiktarafan imej UTM sebagai edu-pelancongan kampus yang pertama di Malaysia. Kedua, adalah pembangunan aplikasi mobile apps sebagai alat pemasaran utama untuk menaiktaraf produk pelancongan yang lebih berinovasi dan berdaya saing.

 

Title: FEASIBILITY AND ACCEPTABILITY OF A COMMON PROPERTY SYSTEM IN NEIGHBOURHOOD PUBLIC OPEN SPACE (NPOS): A CASE STUDY OF SABAH, MALAYSIA

Role: Member

Project Leader: DR. GABRIEL LING HOH TECK

Background:

Within a housing estate, neighbourhood public open spaces (NPOS) that provide numerous ecosystem services and values are typically governed and managed under the state-property regime. However, issues of NPOS overexploitation, mismanagement, and underinvestment persist, which consequently compromise community neighbourhood sustainability. Underpinned by the collective action theory which potentially serves as a third alternative to addressing the NPOS issues, this study examines the feasibility and acceptability of modified common-property eight design principles (DPs) in response to the institutional-social-physical system of local NPOS and showcases how the current local state-owned NPOS can potentially be shifted to the polycentric common-property system. Residential Country Lease (CL) NPOS and Native Title (NT) NPOS of two districts, namely Kota Kinabalu and Penampang in Sabah, Malaysia will be selected. A phenomenological case study incorporating different stakeholders, namely private suppliers, public officials, and residents, as well as various data collection and statistical and content (thematic) analysis techniques will be carried out. Validation and assessment of the local institutional-social-biophysical performance of NPOS via a systematic coding system that expresses the extent of absence and presence of DPs will also be undertaken. It is hypothesised that the modified DPs are valid and acceptable in curbing the existing local NPOS dilemmas, and they are likely to be feasibly adapted into the local NPOS system since the spatial and institutional attributes of some NPOS (especially CL NPOS) may highly resemble and adhere to the modified DPs. Therefore, this study provides policy and management insights that the adaptive common property collective action system as a potential solution is crucial in addressing the recurrent NPOS quality and sustainability issues. Also it offers a rather different lens to scholars and practitioners that in designing and planning a vibrant and sustainable housing environment within a neighbourhood community, the governance of NPOS management and its quality using the social-ecological system approach is essential and requires more attention, since the problems and negative externalities of NPOS are likely associated with governance (institutional), consumption and management aspects, rather than spatial and architectural design-based issues. Last but not least, this study is anticipated to contribute to a liveable and sustainable neighbourhood environment, which is essentially aligned with the national directions as well as the 11th sustainable development goals (SDGs) and the New Urban Agenda (NUA).

 

Title: VERTICAL LAND MOTION ESTIMATION FROM GLOBAL NAVIGATION SATELLITE SYSTEMS (GNSS)

Role: Member

Project Leader: SR. DR. AMI HASSAN BIN MD DIN

Background:

Vertical land motion is fundamental in understanding sea level behaviour as the ground subsidence and uplift specifically in coastal area can aggravate the impact of sea level rise.  Besides, as Malaysia is located near to the equatorial line which is at the northern part of hemisphere, it only deals with hot and humid climate throughout the year.  Since the earth is elastic, land will subside to which water acts as a surface mass load in rainy period and uplift when the rain runs off and the soil evaporates.  This effect of vertical land motion will eventually contribute to inundate not only to coastal area but also to flat and low land threatening the nearby communities and ecosystems. Therefore, this study will be conducted to estimate the vertical land motion across Malaysian region. To achieve the aim, this study will be realized through 2 main objectives with the first methodology to quantify vertical land motion using Global Navigation Satellite Systems (GNSS) within a 19-year period beginning from 1999 until 2017 by high precision software Bernese version 5.2 with the output of coordinate time series. Then, the magnitude of vertical land motion trend and pattern in the region of Malaysia will be estimated from the information on the rate of vertical land motion computed using MATLAB programming language followed by its interpolation at area with unmeasured point using Surfer software. Once the results are obtained, analysis of data will be conducted in the last phase. In conclusion, it is expected that this study will improve vertical land motion prediction in order to forecast the necessities of communities and ecosystem thus implementing appropriate monitoring and prevention measures for geohazards management in Malaysian region.

Title: AUGMENTED REALITY FOR PROMOTING PUBLIC PARTICIPATION IN URBAN PLANNING

Role: Member

Project Leader: PROF DR MOHAMMAD RAFEE BIN MAJID

Background:

Inclusive decision-making is a sustainability principle that requires public participation and is well embedded in many national policies such as National 5-Year Plans and TN50. Due to the increasing complexity of urban plans, getting meaningful participation from the public requires protocols beyond the conventional methods of static 2D or 3D plans. To increase quality of participation procedures, use of mobile AR instruments such as smartphones promises a clear communication of contents or equal chances of participation in the decision-making processes. It is, therefore, the objectives of this research to; i) classify different types of AR technology; ii) assess the acceptance of mobile AR apps in public participation; iii) catalogue the advantages and disadvantages of using mobile AR apps for public participation; and iv) formulate the basic principles and framework for the use of mobile AR apps in promoting public participation. The objectives will be achieved by firstly understanding the current state of knowledge and technology of AR before undertaking a sample programming of mobile AR apps for a planned urban development project. The mobile AR apps will then be field-tested on stratified randomly sampled section of the public and stakeholders of the project, together with a tandem questionnaire for gathering background and socio-economic information. A total of 300 respondents are expected to be surveyed. The data from field testing of the mobile AR apps and the questionnaire survey will be analysed to eventually identify the basic principles of and develop a framework for the application of mobile AR apps to encourage wider and more interactive public participation in urban planning activities. Future benefits of the principles and the framework are aimed at various government departments such as the Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Alam Sekitar and local authorities for activities that would require more meaningful participation from the stakeholders.