MBIP-UTM GIS COMPETITION 2022 STORYMAP CHALLENGE

Program GIS Competition merupakan pertandingan yang dijalankan bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah diadakan sebelumnya pada 2019 dengan tujuan memberikan pendedahan dan peluang kepada pelajar menggunapakai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang dipelajari untuk diaplikasikan dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS). Pertandingan ini memerlukan pelajar menganalisis dan memanipulasi data MBIP yang dikongsi semasa program ini. 

Rentetan daripada pandemik yang berlangsung selama dua tahun, program ini terhenti sementara dan dicadangkan dilaksanakan pada tahun ini semula bagi menjadikan program ini sebagai program tradisi tahunan bagi kumpulan penyelidikan GRiSP, Fakulti Alam Bina.

Program GIS Competition bagi tahun ini, akan dijalankan menggunakan platfom ArcGIS StoryMap. Platfom ini merupakan transformasi penceritaan digital secara dalam talian disokong oleh peta tersuai. Peserta bebas bercerita mengenai pelbagai tema yang berkait rapat dengan kawasan MBIP mengikut kreativiti, inovasi dan bidang masing-masing.

Bagi program  kali ini, tiga jabatan/program daripada Fakulti Alam Bina terlibat sama adalah:

  • Program Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Program Senibina Landskap
  • Program Geoinformasi

   

Selamat Berjaya kepada semua peserta!!