Sambutan Hari Malaysia IBD telah diadakan di Auditorum N23 IBD pada jam 9 pagi sehingga jam 11 pagi. Sambutan dimulakan dengan Perjumpaan Bersama Pengarah IBD, Prof Hesham.
Walimatulurus Sappoku…..
Walimatulurus sappoku ( sepupu ) saya begitu meriah yang diadakan pada 26hb Ogos 2023, sepupu perempuan saya Zeeqa, manakala pada 27hb Ogos 2023, sepupu lelaki saya plk, Alif….
Sekarang undangan hanya menggunakan kad Undangan Digital sahaja yang dihantar melalui Whatapps sahaja…
https://kadku.pro/zeeqasayyidi2023/ , ( http://www.kadku.pro/ ) Majlis berlangsung di Laman Bayu, Rimba Terjun, Pontian.
Audit pemantauan MeSTI
Audit pemantauan MeSTI ( Makanan Selamat Tanggungjawab Industri ) telah diadakan di Makmal Herbal Extraction Centre ( HEC ) IBD pada 14 November 2022 jam 2.30 petang. Audit dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pengauditan pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Sumber rujukan: http://fsq.moh.gov.my/
Anugerah Jasa Bakti
Anugerah Jasa Bakti diberikan kepada staf UTM yang telah berkhidmat 20 tahun di UTM.
JOHOR BAHRU, 8 Nov. – Seramai 320 kakitangan, termasuk pesara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diraikan dalam Majlis Sanjungan Budi 2022 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar pagi tadi.
Majlis ini diadakan khas bagi meraikan pesara, perkhidmatan 20, 30 dan juga 40 tahun yang diberikan beberapa anugerah seperti Anugerah Delima, Jasa Setia, Jasa Bakti, Jasa Abadi dan Tokoh Pesara.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail mengatakan bahawa budaya menghargai antara satu dengan yang lain adalah sangat penting bagi meneruskan kelangsungan kecemerlangan sesebuah universiti seperti UTM.
“Penghargaan yang diberikan kepada kakitangan ini akan menjadi batu loncatan untuk mereka pamerkan hasil kerja yang lebih baik pada masa akan datang.
“Ia sebenarnya memberi kesan psikologi yang mendalam kepada staf berkenaan untuk berkhidmat dengan lebih baik apabila mereka dihargai melalui sesuatu program yang diadakan malah mereka juga akan sanggup memberikan sepenuh komitmen dalam apa jua program anjuran universiti,” katanya lagi.
Para pesara juga diingatkan bahawa dengan berakhirnya perkhidmatan di UTM tidak bermakna tugasan dan peranan golongan ini telah tamat.
“Persaraan ini seharusnya menjadi titik permulaan kepada kehidupan baru yang lebih bermakna untuk memastikan kehidupan kita di sana lebih terjamin.
“Inilah kesinambungan hayat yang perlu kita fokuskan dan pengalaman di UTM ini pastinya dapat dijadikan panduan untuk menjadi seorang khalifah yang berwibawa di muka bumi Tuhan ini,” tambahnya lagi.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosli Md Illias,
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Hamdan Ahmad,
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin,
Pendaftar, Nor Azizah Ismail,
Bendahari, Haji Abu Bakar Md Salleh,
Ketua Pustakawan, Nor Asikin Mohamad.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Paling seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan Induksi tahun 2001 di majlis tersebut.
Sumber Rujukan : https://news.utm.my/
TAHNIAH!
TAHNIAH! …..
diucapkan di atas perkhidmatan dan sumbang bakti Y.Bhg Datuk/Prof/Dr./Saudara di Universiti Teknologi Malaysia yang telah mencapai tempoh berkhidmat selama 20 tahun pada tahun 2021.
Alhamdulillah, dah 20 tahun keja UTM, mcm baru je masuk keja 14.02.2001…..
SYARAT PENGANUGERAHAN
ANUGERAH JASA BAKTI (AJB), ANUGERAH JASA SETIA (AJS) DAN ANUGERAH DELIMA (AD)
- Staf mesti berstatus TETAP dan telah berkhidmat genap 20/30/40 tahun atau lebih pada 31 Disember sebelum tahun penganugerahan di Universiti Teknologi Malaysia;
- Staf yang telah mengambil Cuti Tanpa Gaji (CTG), hendaklah menggantikan tempoh cuti tersebut mengikut bilangan hari cuti yang telah diambil untuk menggenapkan kiraan tempoh perkhidmatan 20/30/40 tahun bermula tarikh mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia. Syarat ini tidak terpakai bagi staf yang Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
- Staf hendaklah bebas daripada sebarang hukuman tatatertib. Staf yang pernah dikenakan sebarang hukuman tatatertib sepanjang perkhidmatan di Universiti Teknologi Malaysia, kelayakan diambilkira selepas tiga (3) tahun bagi kiraan tempoh perkhidmatan melebihi 20/30/40 tahun;
- Staf yang telah genap tempoh perkhidmatan 20/30/40 tahun pada tahun persaraan akan diberikan penganugerahan pada tahun yang sama;
- Staf mendapat sokongan/persetujuan Ketua Jabatan;
- Staf hanya layak menerima Anugerah Jasa Bakti (AJB)/Anugerah Jasa Setia (AJS)/ Anugerah Delima (AD) sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan;
- Staf menerima tawaran Universiti untuk dianugerahkan AJB/AJS/AD
Nota :
AJB : Perkhidmatan genap 20 tahun
AJS : Perkhidmatan genap 30 tahun
AD : Perkhidmatan genap 40 tahun
Sumber rujukan : https://registrar.utm.my/bsm/ajb-ajs-ad/
Dapat pesanan WhatsApps dari rakan induksi….
Rakan : Kakkk, ko saing aku ke naik pentas?
Aku : Bila….. hahahaha
Rakan : Jasa Bakti…. november
Aku : Ooooooo…. xde email pon
Rakan : email mcm xde….. aku dpt surat je
Aku : Ooooooo…..
Rakan : surat x smp lg kt kat ko kot… aku bg contact no… cer call tanya
Aku : Tunggu PP inform…. dia ckp td kejap….
Rakan : kak amra baru ws ni ajak geng, blehla kita berbatik bersama nt
Aku : ok bole
Bestnya dapat berkumpul dengan geng-geng induksi tahun 2001…. kenangan sungguh tu. Terus terimbau kenangan sama-sama kami induksi dulu di N24. Alhamdulillah rakan-rakan semakin berjaya dalam bidang masing-masing.
Tahniah! buat rakan-rakan tak sabar nak berkumpul dengan mereka semua
Perjumpaan Staf Teknikal Makmal
PERJUMPAAN STAF TEKNIKAL MAKMAL SKIM J, C & DV BERSAMA PENGARAH PPMU
Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,
YBhg Dato’/Datin/Prof./Prof.Madya/Dr./Saudara/Saudari
Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) akan menganjurkan program “PERJUMPAAN STAF TEKNIKAL MAKMAL SKIM J, C & DV BERSAMA PENGARAH PPMU”.
3. Sehubungan itu, Dato’/Prof/Prof Madya/Dr/Ts./Tc./Tuan/Puan/Saudara/Saudari dijemput untuk menyertai program tersebut seperti ketetapan di bawah:
Tarikh : 25hb Oktober 2022 (Selasa)
Masa : 2.15 Petang
Tempat : Dewan Kuliah 7, Blok N24
4. Program ini bertujuan untuk perkongsian maklumat oleh pengurusan PPMU kepada staf teknikal makmal daripada aspek tugasan, laluan kerjaya dan latihan yang diperlukan. Justeru, kehadiran YBhg. Dato’/Prof/Prof Madya/Dr/Ts./Tc./Tuan/Puan/Saudara/Saudari amatlah dialu-alukan.
UNIVERSITY LABORATORY MANAGEMENT CENTRE | Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) (utm.my)
Kepentingan Teknologi Maklumat
Kepentingan Teknologi Maklumat kepada masyarakat…..
Baru belajar Teknologi Maklumat, dan tajuk berita ini tetiba buat saya tertarik.
Kelas Teknologi Maklumat
Kelas Teknologi Maklumat terus dijalankan walaupun Johor bercuti hari ini….
Oleeeee….Ole Ole Oleeeee…
Bangsa Johor dapat Cuti Peristiwa 16.10.2022 sempena Johor banyak menjuarai acara di beberapa kejohanan….
Kami tidak bercuti, Kami teruskan Kelas Amali IT di Magic X, di T03. https://ihumen.utm.my/magicx/
Kelas bermula jam 8.30 hingga 12.30 tengah hari. Setiap peserta Bridging dikehendaki mempamerkan blog masing-masing kepada Prof Shahrizal. Pada masa yang sama Prof dan En Azizul membetulkan dan menerangkan apa kesilapan dan apa yang perlu diperbetulkan di dalam blog kami.
Pembentangan tentang Blog https://people.utm.my/ peserta Bridging. Habis pembentangan En Azizul, Pegawai Penyelidik menyambung memberi lg input berguna tentang blog kepada kami.
Tamat je kelas IT, Peserta Bridging dari KL pon bergerak pulang ke KL. Alhamdulillah, tamat sudah Amali Tahap 2 Sesi 1 pada tahun ini.
Terima kasih buat En Azizul Azman yang banyak membantu saya dalam menyiapkan blog. Memberi tunjuk ajar bagaimana mencipta.
Kelas Biologi dan Geologi
Kelas Biologi dan Geologi telah diadakan secara bersemuka. Kelas Amali bagi subjek biologi diadakan di Fakulti Sains manakala subjek geologi diadakan di Bilik Mesyuarat D03.
15.10.2022 ( Sabtu )
Kelas Amali Subjek Biologi pada sesi pagi 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.
Dr Azman mengajar kami tentang penggunaan mikroskop, mengenali jenis anamalia, alam plantae dan genetik.
Sesi petang 2.30 petang sehingga jam 6 petang, Subjek Geologi. Kami cuba membina batuan menggunakan tanah liat ( plastesin ), kemudian melakukan 3 ujikaji di Makmal Geoteknik untuk laporan amali kami.
Kelas Fizik dan Kimia
Kelas Fizik dan Kimia Secara Bersemuka
Pada Tahap 2, Kelas Bridging Gred C diakhir pembelajaran kami dikehendaki menjalankan amali di makmal mengikut Subjek yang kami pelajari.
Maka pada hari ini 14h Oktober 2022, alhamdulillah kelas bersemuka pertama kami bersama Pensyarah dan juga raka-rakan. Sebelum ini kami pelajar secara maya ( online ) dari Tahap 1.
Pembelajaran secara bersemuka kami dimulakan dengan kelas amali fizik yang diadakan di C20, Makmal Optik di Jabatan Fizik, Fakulti Sains.
Pensyarah Dr Raja dan juga Dr Faiz menbantu kami menjalankan amali dibantu oleh Puan Sarah, Penolong Pegawai Sains.
Saya merasa seronok dan gembira kerana saya dapat bertanya terus dengan Pensyarah semasa berada di dalam kelas berbanding secara online.
Webpage Staf Jabatan Fizik | Faculty of Science (utm.my)
Kelas Fizik dan Kimia Secara Bersemuka
Pada sebelah petang, kami mengikuti kelas amali kimia pula. Ianya diadakan di Makmal C18, di Makmal Analisis Kimia.
En Hashim sebagai tenaga pengajar kami mengajar cara-cara menggunaan alat radas dengan cara yang betul. Mengenai keselamatan makmal dan amali seperti melakukan pencairan dan titrasi bahan larutan. En Hashim juga dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Sains.
Aktiviti amat menyeronokkan secara bersemuka dan kami dengan mudah bertanya dengan tenaga pengajar mengenai ujikaji yang dijalankan.
Di akhir kelas, kami diminta menyelesaikan peperiksaan yang terakhir. Sebelum ini telah diadakan peperiksaan 1 dan 2. Soalan pada kali ini erbentuk subjektif dan penggiraan.
Program Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains
Program Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains ini usaha penaiktarafan seseorang Pembantu Makmal untuk ke skim Penolong Pegawai Sains, pekerja hendaklah memenuhi beberapa syarat universiti dan JPA.
CTLD | Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan Universiti (utm.my) merupakan pusat yang menguruskan Program Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains.
Salah satu dari syarat kenaikan ini ialah Pembantu Makmal tersebut hendaklah lulus Kursus Peralihan Pembantu Makmal C19 ke Penolong Pegawai Sains C29 atau turut dikenali sebagai Program Bridging Skim C. Kursus ini adalah setaraf diploma dan peserta perlu lulus setiap sesi yang dianjurkan.
Kursus Bridging Pembantu Makmal C19 ke C29 bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkaitan sains dan kemanusiaan.
Graduan terdiri daripada kumpulan Pembantu Makmal UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur. 5 peserta dari UTM Johor Bahru dan 6 peserta dari UTM Kuala Lumpur
Bridging Program adalah satu konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam mentransformasikan pengajian tinggi untuk kelestarian masa depan.
Pada tahun ini, Program Bridging Skim C dijalankan secara maya ( online ). Bermula dengan taklimat pada 20 Februari 2022. Kelas kami dilaksanakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Kelas pertama bermula pada 26 Februari 2022 ( Sabtu ).
Tahap 1
Pada tahap 1, Peserta mempeljari tentang Pengetahuan Am Universiti ( UMUM ).
Tahap 2
Tahap 2, Peserta mula mempelajari subjek seperti Kimia, Biologi, Fizik, Geologi dan Teknologi Maklumat. Semoga rakan-rakan Bridging dapat menamatkan program ini dan kita berjaya bersama-sama naik ke C29.
https://people.utm.my/norasiahsadek