KAJIAN SENI BINA DAN TARIKAN PELANCONGAN JOHOR

Kajian ini akan melibatkan kolaborasi 1 CoE bergabung dengan 5 RG untuk memperkukuh serta meningkatkan penyelidikan dan inovasi dengan mengutamakan kerjasama antara penyelidik dan pihak berkepentingan iaitu agensi, industri serta komuniti. Bandaraya Johor Bahru dipilih sebagai tapak kajian kes bagi mengkaji secara mendalam mengenai seni bina dan tarikan pelancongan berasaskan warisan. Bandaraya Johor Bahru diposisikan sebagai kluster warisan bandar dan gaya hidup. Bandaraya ini mempunyai lokasi strategik sebagai ‘Pintu Selatan Malaysia’.

Metodologi penyelidikan adalah kumpulan prosedur dan teknik yang diterapkan secara teratur dan sistematik dalam pelaksanaan kajian ini. Penyelidikan kajian ini melibatkan kaedah kualitatif dan kuantitatif.  Gabungan kedua-dua kaedah ini sangat diperlukan dalam mendapatkan data yang lebih terperinci, telus dan boleh dipercayai untuk mencapai objektif kajian.

Ekosistem kerjasama yang digunakan sebagai model projek ini bersifat Quadruple Helix. Ianya merupakan komponen penting dalam meneraju misi meningkatkan imej dan identiti Pusat Bandaraya Johor Bahru bagi meningkatkan kualiti hidup dan daya tarikan terhadap pengunjung. Ia akan melibatkan CoE/RG dalam Institusi Pengajian Tinggi, agensi kerajaan dan swasta, industri serta penglibatan komuniti tempatan dalam penyelidikan. Permohonan geran ini merupakan kesinambungan jalinan kerjasama bersama agensi, industri dan komuniti bagi mengukuhkan nama UTM sebagai produk yang memberikan perkhidmatan kepada watan.

TEAMWORK with Grant Leaders; PM. Dr. Murtadha, Dr. Sharifah Salwa, Dr. Noradila and Norazila (Grant Manager).
#UTMGrant COE/RG