MAJLIS APRESIASI IPF 2023

JOHOR BAHRU, 19 Jan 2024 – Majlis Apresiasi IPF 2023 telah dianjurkan oleh Majlis Felow UTM dengan tema Retro. TAHNIAH kepada Pengarah Program dan kesemua barisan AJK yang berjaya melaksanakan majlis ini dengan sangat cemerlang! 😉

Majlis Felow UTM memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sahsiah dan
kecemerlangan akademik pelajar. Usaha mereka yang gigih dalam mengurus dan membangunkan
pelajar adalah satu sumbangan yang sangat bernilai kepada kejayaan UTM. Majlis Fellow turut memainkan peranan dalam menggalakkan aktiviti-aktiviti sukan dan sosial di UTM. Inisiatif ini membantu membina semangat kepimpinan, kemahiran bekerjasama, dan kecergasan di kalangan pelajar. Tambahan, Majlis Felow juga bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli-ahli Institusi. Ini termasuklah memberi sokongan emosi, nasihat, dan bimbingan kepada rakan sejawat.

Majlis Apresiasi ini bukan sekadar satu keraian, tetapi satu penghormatan kepada Institusi Pembangunan Felow UTM yang telah berjaya mencapai matlamat dan tujuannya dengan penuh kejayaan. Sejak penubuhannya, Majlis Felow telah menjadi tulang belakang kejayaan pelajar di UTM, membina jambatan kekeluargaan, dan memberikan impak positif kepada seluruh komuniti kampus.

Ts. Mohd Hazri bin Ishak
Pengarah Program MAIPF2023

Anugerah Seni Kreatif telah diterima oleh Ar. IDr. Ts. Dr. Noraslinda binti Abdul Rahman berdasarkan kriteria Felow yang bergiat aktif dalam penghasilan seni kreatif dan aktif berkongsi aktiviti-aktiviti kolej & IPF di pelbagai platform.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *